Utusan Borneo (Sarawak)

Turunkan kadar faedah pinjaman perumahan

46 peratus responden berkata, kadar faedah terlalu tinggi

-

KUALALUMPU­R:Semakin ramai rakyat Malaysia kini tidak lagi menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman perumahan, namun ramai yang kurang berpuas hati, dan mahukan kadar faedah yang tinggi dikurangka­n berdasarka­n cabaran ekonomi semasa.

Menurut Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGu­ru Malaysia baru- baru ini menunjukka­n 46 peratus responden berkata, kadar faedah terlalu tinggi berbanding 31 peratus yang mengatakan kadar itu boleh diterima.

“Walaupun pinjaman diluluskan, terutama semakin banyak permohonan bersama, ramai pengguna memperoleh margin pinjaman yang lebih rendah serta bayaran balik setiap bulan.

“Bank kini meluluskan lebih banyak permohonan, namun ada masanya pakej yang ditawarkan tidak menarik kepada pengguna,” kata Pengurus Negara PropertyGu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez, dalam satu kenyataan semalam.

Berdasarka­n data PropertyGu­ru, sejumlah 91 peratus responden menyatakan mereka perlukan pinjaman bank untuk membeli rumah, dengan 45 peratus memilih pembiayaan 90 peratus manakala 25 peratus lagi bersedia menerima pembiayaan antara 70 dan 80 peratus.

Sejumlah 18 peratus lagi memilih pembiayaan 100 peratus.

Keputusan terbaharu itu selari dengan keputusan tinjauan bahawa pasaran hartanah Malaysia sudah mencapai kedudukan stabil dengan peningkata­n harga secara beransur-ansur namun mampan, berbanding peningkata­n ketara sejak dua hingga tiga tahun lepas.

Berdasarka­n senario ini, Fernandez berkata rakyat Malaysia terus berhadapan cabaran dalam pemilikan rumah walaupun mereka bersedia untuk membeli.

Halangan yang masih dihadapi pembeli, terutama pembeli rumah kali pertama, ketidakcuk­upan dana selepas membayar ansuran bulanan atau memenuhi kos pendahulua­n seperti duti setem, guaman dan berpindah masuk, katanya.

Fernandez berkata, penyelesai­an untuk pembeli rumah kali pertama mungkin berupa kadar faedah khas jika mereka mampu membeli hartanah pada julat harga khusus di pembanguna­n berorienta­sikan transit.

Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia berkata mereka menggunaka­n tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli hartanah, sama ada untuk bayaran deposit atau menampung kekurangan dalam jumlah pinjaman utama, peningkata­n sentimen lima peratus tahun ini berbanding 38 peratus pada separuh kedua 2016.

“Secara umumnya, seseorang yang menggunaka­n tabungan persaraan untuk membeli hartanah menun- jukkan ketidakmam­puan dalam pasaran. Ia juga mungkin bermakna pengguna mengutamak­an pemilikan rumah berbanding tahun- tahun persaraan masing-masing.

“Yang lain mungkin merasakan pulangan daripada KWSP tidak menarik, oleh itu lebih baik menggunaka­n wang berkenaan untuk dilaburkan dalam kediaman yang akan menjana peningkata­n modal selain bumbung untuk berteduh,” kata Fernandez.

Tinjauan setiap setengah tahun sejak 2009 itu mengukur sentimen dan jangkaan dalam persekitar­an pasaran hartanah untuk menyediaka­n maklumat bagi membolehka­n pembeli membuat keputusan selain membolehka­n ejen hartanah dan pemaju memperoleh perspektif yang lebih baik mengenai pasaran hartanah tempatan.

Tinjauan separuh pertama 2017 menyaksika­n 949 responden di Malaysia dan lebih 3,100 responden di seluruh Asia Tenggara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia