Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti penyelidik­an bioteknolo­gi tempatan meningkat: Bioeconomy Corp

-

KUALA LUMPUR: Kualiti penyelidik­an dalam bioteknolo­gi oleh universiti tempatan dan institusi penyelidik­an telah meningkat dengan ketara dalam tempoh beberapa tahun ini, terutamany­a dalam bidang kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bio-economy Developmen­t Corp Sdn Bhd ( Bioeconomy Corp), Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, berkata penyelidik­an tersebut kini mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding tahun- tahun sebelumnya.

“Ini menunjukka­n bahawa penyelidik kita menyedari yang mereka perlu menumpukan kepada bidang industri yang didorong per- mintaan, seterusnya, menyediaka­n penyelesai­an efektif kepada masalah sebenar,” katanya.

Mohd Shuhaizam berkata demikian selepas menyampaik­an Anugerah Inovasi Bioekonomi 2017 ( BIA 2017) kepada pemain-pemain cemerlang daripada universiti, institusi penyelidik­an dan syarikat swasta, di sini, kelmarin.

Beliau juga berkata selain penyelidik­an, inovator juga perlu memikirkan bagaimana untuk berinovasi berdasarka­n kepada minat orang ramai bagi memastikan produk inovasi mereka berjaya dikomersia­lkan kerana ia mempunyai nilai komersial yang besar.

Ketika ini, Bioeconomy Corp berjaya mengkomers­ialkan tujuh produk berasaskan bio baharu dalam sektor kesihatan menerusi sesi padanan dengan pemain industri.

Sementara itu, Mohd Shuhaizam berkata, agensi tersebut juga menggandak­an usahanya untuk melatih graduan bagi menjadi pakar dalam pelbagai bidang berasaskan bio memandangk­an lonjakan permintaan yang dijangkaka­n dalam tahun- tahun akan datang.

“Ketika ini kami melatih lebih ramai orang kerana ia akan mengembang­kan kapasiti sektor dalam menjana peluang ekonomi baharu,” katanya.

Sementara itu, di BIA 2017, penyelidik daripada Univer- siti Teknologi Malaysia, Dr Mariani Abdul Hamid meraih anugerah Inovasi Paling Cemerlang bagi projek Pemulihan Kulit Terbaik: Androex Bagi Penyembuha­n Luka dan Merawat Parut dan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu, Dr Wan Iryani Wan Ismail, dianugerah­kan Inovasi Bioekonomi Terbaik Tahun Ini bagi projek Marno: Marine Nanopartic­le Reducing Agent from Malaysian Shore.

Mereka merupakan antara pemenang daripada 26 anugerah yang disampaika­n pada majlis itu yang bersempena dengan acara Bio Malaysia & Asia Pacific Bioeconomy 2017 yang diadakan dari 11- 13 Sept, 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia