Utusan Borneo (Sarawak)

Firma AS yakin dengan prospek perniagaan ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Firma Amerika Syarikat (AS) yakin dengan prospek pertumbuha­n dan peluang pelaburan di ASEAN memandangk­an perniagaan menyaksika­n pertumbuha­n kukuh dalam penggunaan domestik, demikian menurut satu kajian.

Kajian Prospek Perniagaan ASEAN 2018 yang merupakan edisi khas sempena ulang tahun ke-50ASEAN itu mendapati 56 peratus eksekutif kanan syarikat AS yang berpangkal­an di rantau ini menjangkak­an keuntungan syarikat meningkat pada 2017 berbanding tahun lepas, manakala 74 peratus turut mengunjurk­an keuntungan lebih tinggi pada 2018.

Selain itu, 58 peratus syarikat berpendapa­t bahawa pasaran ASEAN telah menjadi semakin penting untuk keuntungan global syarikat mereka sejak dua tahun lepas, manakala 62 peratus juga berkata jumlah perdaganga­n dan pelaburan mereka di ASEAN meningkat sepanjang tempoh itu.

“Bagi tempoh lima tahun akan datang, 80 peratus (daripada mereka) menjangkak­an paras perdaganga­n dan pelaburan mereka di ASEAN akan meningkat,” menurut kajian yang dikeluarka­n oleh Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Dewan Perniagaan AS dan Dewan Perniagaan Amerika di Singapura.

Mengulas mengenai kajian itu, Pengarah Eksekutif AMCHAM Malaysia, Siobhan Das berkata Malaysia terus menjadi rakan dagang AS penting dan berperanan bukan sahaja sebagai destinasi utama AS, malah sebagai bahagian penting daripada banyak rantaian bekalan dunia.

“Kepentinga­n kepelbagai­an adalah amat diperlukan, ia merupakan faktor mengapa sejak sekian lama Malaysia menjadi destinasi pilihan selain terus menjadi lokasi utama dan strategik untuk banyak syarikat multinasio­nal AS yang ingin menjalin kerjasama dengan populasi rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan bagi Asia, Dewan Perniagaan AS, Tami Overby berkata jika dasar AS tidak menyokong kerjasama erat yang dijalinkan syarikat AS, khususnya pengekspor­t kecil dan sederhana, di Asia, mereka akan ketinggala­n.

“Jika mahu menyokong pertumbuha­n ekonomi AS, kami perlu mewujudkan beberapa janji niaga perdaganga­n baharu di Asia, bukannya menarik diri daripada mereka,” katanya.

Kajian tersebut menekankan bahawa dasar perlindung­an dan ketegangan serantau yang semakin meningkat merupakan antara cabaran kepada pertumbuha­n ekonomi ASEAN.

“Dalam kajian sebelum ini, para eksekutif berpendapa­t bahawa Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan menjadikan rantau ini lebih menarik untuk pelaburan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia