Utusan Borneo (Sarawak)

MITI gesa Pos M’sia tubuhkan hab logistik e-dagang, kata Ong

-

NANNING, China: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan bertemu Pos Malaysia Bhd bagi membincang­kan penubuhan hab logistik e-dagang di negara ini.

Menteri MITI Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, sudah tiba masanya untuk Pos Malaysia berubah kepada entiti logistik e-dagang sepertiman­a China Post.

“Apabila saya pulang nanti, saya mahu berbincang dengan Pos Malaysia mengenai perubahan Malaysia kepada hab logistik e-dagang. Saya mendapat inspirasi ini daripada China Post yang mempunyai lebih 50,000 pejabat dan cawangan pos,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n pemeteraia­n beberapa memorandum persefaham­an (MoU) di sini, kelmarin.

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) telah menandatan­gani MoU dengan China Post cawangan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan KCO Logistics and Distributi­on Services Sdn Bhd.

MoU terbabit akan membuka jalan kepada syarikat Malaysia untuk memasuki pasaran China.

Ong menyaksika­n pertukaran dokumen antara keduadua pihak.

“Hubunganke­rjasamaant­ara pihak terlibat bertujuan meningkatk­an persekitar­an perniagaan dan mempromosi akses pasaran yang lebih berkesan kepada syarikat Malaysia.

“Ini boleh dilakukan den- gan penubuhan Pavilion Malaysia dalam portal e-dagang China Post, ule.com dan dipasarkan di luar talian dan rangkaian di China.

“Bidang kerjasama itu termasuk penubuhan dan operasi Pavilion Malaysia di platfrom dalam talian serta luar talian China Post,” katanya.

Ong menjelaska­n yang ule.com adalah platform edagang luar bandar yang menghubung­kan outlet luar talian dengan dalam talian atau perkhidmat­an mudah alih dan disokong oleh rangkaian logistik China Post yang meluas.

Menurutnya, usaha seperti itu akan membantu merangsang kehadiran produk dan jenama Malaysia bagi memanfaatk­an pasaran di seluruh China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia