Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan pemboronga­n dan runcit meningkat 11.1% pada Julai 2017

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit pada Julai 2017 meningkat 11.1 peratus kepada RM96.5 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata nilai jualan itu meliputi perniagaan, perdaganga­n borong ( RM45.9 bilion), dagangan runcit ( RM38.3 bilion) dan kenderaan motor ( RM12.4 bilion).

“Indeks permborong­an dan dagangan runcit meningkat 9.4 peratus kepada 157.7 mata pada Julai 2017 berbanding Julai 2016, disokong oleh peningkata­n dalam dagangan runcit (12.9 peratus).

“Indeks volum pelarasan bermusim perdaganga­n borong dan runcit meningkat 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia