Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n getah naik 8.7 peratus pada Julai

-

KUALA LUMPUR: Pengeluara­n getah asli Malaysia pada Julai 2017 meningkat sebanyak 8.7 peratus kepada 54,994 tan berbanding 50,614 tan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam kenyataan semalam, jabatan itu berkata sektor kebun kecil menjadi penyumbang utama kepada pengeluara­n getah asli, yang menyumbang lebih 90 peratus.

“Harga purata bulanan lateks pekat jatuh 9.7 peratus kepada 517.57 sen sekilogram, berbanding 573.08 sen sekilogram pada Jun.

“Bagaimanap­un, harga purata bulanan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 5.4 peratus kepada 635.24 sen sekilogram pada Julai berbanding 602.71 sen sekilogram pada bulan lepas,” katanya.

Jabatan itu berkata eksport getah asli meningkat 5.5 peratus kepada 47,136 tan pada Julai berbanding bulan sebelumnya.

“Destinasi utama bagi eksport getah asli adalah China (38.2 peratus), Jerman (17.9 peratus), Iran (7.4 peratus), Amerika Syarikat (4.9 peratus) dan Finland (3.9 peratus),” katanya.

Di peringkat tempatan, jabatan itu berkata penggunaan domestik getah asli pada Julai turut naik kepada 40,852 tan, meningkat 4.2 peratus berbanding 39,211 tan pada Jun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia