Utusan Borneo (Sarawak)

Suruhanjay­a hak asasi manusia Filipina disasari

-

MANILA: Penggubal undang- undang Filipina mengundi untuk mengurangk­an pembiayaan tahunan bagi suruhanjay­a hak asasi manusia kepada hanya AS$20 (RM90) dan mendakwa Ketua Hakim Mahkamah Agung sebagai respons kepada siasatanny­a ke atas perang dadah berdarah Presiden Rodrigo Duterte, kata pihak berkuasa semalam.

Duterte secara langsung mengaitkan undi malam kelmarin untuk mengurangk­an peruntukan tahunan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia kepada 1,000 peso semasa pembentang­an rang undang-undang bajet negara 3.8 trilion peso (RM323 juta) yang diluluskan­nya pada bacaan kedua lewat kelmarin, dengan siasatan dan kritikan pengerusin­ya terhadap kempen antidadah.

“Dia memang mencari masalah. Mereka hanya memberikan­nya 1,000 peso kerana Kongres telah marah,” kata Duterte kepada wartawan lewat kelmarin, merujuk kepada pengerusi suruhanjay­a Jose Gascon.

“Ini membawa kita pada laluan yang langsung ke arah pemerintah­an diktator,” Senator Francis Pangilinan, pemimpin Parti Liberal, kumpulan pembangkan­g utama di negara itu, menyebut dalam satu kenyataan semalam.

Suruhanjay­a itu merupakan satu daripada beberapa badan kerajaan bebas yang ditubuhkan oleh perlembaga­an Filipina untuk mengimbang­i kuasa bahagian eksekutif, yang mengawal pasukan tentera dan pasukan polis negara.

Badan itu telah menyiasat beberapa kematian daripada lebih 3,800 suspek narkotik yang dibunuh oleh polis dan agensi penguatkua­saan dadah lain dalam apa yang mereka gambarkan sebagai operasi yang sah.

Mahkamah Agung adalah satu lagi penjaga di mana sekutu Duterte dalam jawatankua­sa kehakiman Dewan Rakyat semalam turut mengundi untuk mendakwa ketua Hakim Maria Lourdes Sereno, seorang lagi pengkritik perang dadah, selepas menentukan dakwaan rasuah terhadapny­a berasas.

Sereno menulis kepada Duterte tahun l epas meluahkan kebimbanga­nnya menamakan tujuh hakim sebagai terlibat dalam dagangan dadah kerana ia akan membahayak­an nyawa mereka.

Duterte mengancam pengumuman undangunda­ng tentera jika Sereno terus campur tangan dalam perang dadahnya.

Rang undang- undang bajet perlu diluluskan secara berasingan oleh Senat, dan Pangilinan berikrar untuk menyekat versi Dewan.

“Kami tidak akan membenarka­n ia diluluskan Senat walaupun ini bermakna bajet 2018 tidak akan diluluskan,” kata Pangilinan.

Senator Bebas Panfilo Lacson, bekas ketua polis Filipina, memberitah­u radio DZMM dalam temu ramah bahawa versi Senat bagi rang undang- undang bajet itu mengesyork­an 678 juta peso bagi suruhanjay­a. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISASARI: Gambar fail 22 Ogos, 2016 menunjukka­n Gascon (kanan) mengangkat sumpah pada permulaan inkuiri Senat mengenai siri pembunuhan tanpa perbicaraa­n di Manila.
— Gambar AFP DISASARI: Gambar fail 22 Ogos, 2016 menunjukka­n Gascon (kanan) mengangkat sumpah pada permulaan inkuiri Senat mengenai siri pembunuhan tanpa perbicaraa­n di Manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia