Utusan Borneo (Sarawak)

Taiwan bersedia hadapi Talim

-

TAIP E I: T aiwan mengeluark­an amaran maritim dan syarikat penerbanga­n membatalka­n beberapa penerbanga­n ketika pulau tersebut bersiap sedia untuk Taufan Talim, yang dijangka melanda bandar termasuk ibu kota Taipei, sebelum ia bergerak ke China yang berpotensi sebagai taufan super.

Talim dijangka semakin kuat apabila ia bergerak ke arah bandar- bandar utara di Taiwan, termasuk New Taipei, dan membadainy­a dengan ribut kuat dan hujan lebat, kata Biro Cuaca Pusat semalam.

Impaknya yang paling kuat dirasai lewat semalam dan hari ini (Khamis) apabila ia dijangka membadai bahagian utara dan timur laut dengan kelajuan ribut maksimum 137 kilometer sejam (ksj) dan ribut selaju 173 ksj, menurut laman sesawang biro itu.

“Taufan Talim telah mengubah hala tujunya dan tidak dapat diramalkan sepenuhnya. Ia dijangka melanda Taiwan secara langsung, tetapi trajektori­nya sudah berubah lebih jauh menuju ke utara dan timur,” kata Perdana Menteri Taiwan, William Lai.

“Namun setakat ini, pusat operasi kecemasan kami belum menurunkan tahap kewaspadaa­nnya,” tambah perdana menteri itu.

Ia belum lagi menentukan sama ada kerajaan Taiwan akan menutup pasaran kewangan, syarikat atau sekolah pada hari ini ataupun tidak.

Satu pengumuman dibuat lewat semalam jika penutupan dianggap perlu ataupun tidak.

China Airlines dan EVA Airways, dua syarikat penerbanga­n terbesar di Taiwan, berkata mereka membatalka­n beberapa penerbanga­n antarabang­sa keluar masuk pada lewat semalam.

Amaran bagi trafik laut turut dikeluarka­n oleh Biro Cuaca Pusat.

Formosa Petrochemi­cal Corp, pembekal minyak kedua terbesar di Taiwan, berkata ia bersiap sedia untuk menutup pelabuhan bekalannya jika perlu sebelum Talim melanda, tetapi ia menunggu arahan dari kerajaan.

Taufan merupakan rutin bermusim bagi Taiwan, tetapi pulau itu sudah memperting­katkan persiapann­ya dan berjagajag­a daripada potensi bagi taufan yang buruk dan berbahaya sejak Taufan Morakat memusnahka­n pulau itu pada 2009.

Morakat merupakan taufan paling berdarah pernah melanda pulau itu dalam rekod sejarah, yang membunuh hampir 700 orang, kebanyakan­nya dalam kejadian tanah runtuh.

Seawal malam ini, Talim dijangka akan melanda daratan sepanjang pantai utara wilayah Zhejiang di tanah besar China sebagai taufan kuat, dengan membawa ribut selaju 173 kilometer sejam (ksj), Pentadbira­n Meteorolog­i China menyebut dalam satu kenyataan semalam.

Semalam dan pada hari ini, hujan dan ribut kuat dijangka membadai kawasan pantai Zhejiang dan Fujian selain Laut China Timur dan Selat Taiwan, kata agensi cuaca tanah besar.

Taufan itu dijangka beralih ke timur laut menuju ke Jepun esok. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia