Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kapal berlanggar, lima hilang

-

SINGAPURA: Lima kelasi hilang selepas kapal korek mereka berlanggar dengan kapal tangki di perairan Singapura semalam, kata pihak berkuasa.

Usaha mencari dilancarka­n bagi empat kru China dan seorang warga Malaysia setelah nahas di sekitar Selat Singapura yang sibuk, menurut Lembaga Maritim dan Pelabuhan (MPA).

Tujuh kelasi lain dari China diselamatk­an dari kapal korek yang berdaftar di Republik Dominika itu apabila ia karam selepas berlanggar pada awal pagi, dan dibawa ke hospital.

Kapal tangki yang berdaftar di Indonesia itu mengalami kerosakan pada bahagian depan tetapi stabil dan tiada kru yang cedera, kata lembaga pelabuhan.

MPA mengetuai operasi mencari dan menyelamat”, dan bot serta sebuah helikopter tentera udara dikerahkan untuk mencari kelasi yang hilang.

Gangguan tidak ada kepada perkapalan di Selat Singapura, tambahnya.

Pada 21 Ogos, kapal pemusnah USS John S. McCain berlanggar dengan sebuah kapal tangki dekat Selat Singapura, membuat lubang besar pada badan kapal tersebut, dan membanjiri­nya dengan air.

Sepuluh kelasi AS dijumpai mati di dalam bahagian yang dimasuki air setelah pelanggara­n berlaku, nahas terbaharu melibatkan sebuah kapal perang Amerika di perairan Asia.

Perairan sekitar Singapura merupakan antara yang paling sibuk di dunia, dan sejumlah besar kapal kargo belayar di laluan dagangan antara Asia dan Eropah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia