Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pembantu dakwa dirogol bilionair China

-

BEIJING: Seorang bekas pembantu peribadi kepada seorang bilionair hartanah China yang hidup dalam pelarian, dan pernah membuat dakwaan tentang rasuah peringkat tinggi dalam Parti Komunis, memfailkan tuntutan mahkamah di New York atas tuduhan dia pernah merogolnya, menurut dokumen mahkamah.

Dalam aduan sivil yang dibuat dengan Mahkamah Agung New York Isnin lepas, mangsa, 28, mendakwa diumpan Guo Wengui ke New York dengan samaran perjalanan perniagaan seminggu.

Sebaliknya dia ditahan dan akhirnya dipaksa berulang kali mengalami kekejaman mental dan keganasan seksual, kata aduan itu.

Dia menuntut pampasan AS$140 juta (RM630 juta).

Guo, yang tinggal di New York, menafikan tuduhan itu sebagai palsu.

Pengadu berkata, wanita tempatan itu digaji salah sebuah syarikat Guo yang berpangkal­an di China.

Dia diberitahu setibanya di New York dia akan bekerja sebagai salah seorang penolong peribadi hartawan itu, kata pengadu.

Ia berkata Gui atau Miles Kwok, merampas pasport mangsa, mengugutny­a, memantau penggunaan Internet dan menghalang akses telefon dan komputer riba.

Wanita itu berkata dia menerima penganiaya­an fizikal dan lisan, yang kemudian menular kepada serangan seksual sebelum melarikan diri. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia