Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 100 lemas sejak krisis di Rakhine

Pelarian Rohingya Muslim menaiki bot usang menjadi korban arus deras di muara Sg Naf

-

COX’SBAZAR:Tujuhmayat dipercayai etnik Rohingya Muslim ditemui terdampar di pantai Bangladesh semalam, kata pegawai.

Sekurang- kurangnya 99 etnik Rohingya diketahui mati ketika melakukan perjalanan bahaya menaiki bot usang sejak satu krisis meletus di negeri Rakhine di Myanmar pada 25 Ogos.

“Kami menemui tujuh mayat yang dihanyutka­n ke pantai, termasuk kanakkanak,” kata Komander Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel S. M. Ariful Islam ketika memberitah­u AFP.

Beliau berkata beberapa dari mayat itu dari sebuah bot Rohingya yang karam malam Selasa lalu berhampira­n perkampung­an sempadan Shah Porir Dwip di muara Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh.

Mayat lain, yang reput teruk, adalah dari mereka yang berada dalam bot lain yang turut karam sebelum itu, kata beliau. Dua lagi mayat dihanyutka­n ke pantai kelmarin, tambah beliau.

Bot pelarian tiba setiap hari selepas menyeberan­gi Teluk Bengal atau Sungai Naf.

Humayun Rashid, timbalan ketua polis di daerah Cox’s Bazar, yang bersempada­n dengan Myanmar, berkata kebanyakan 99 kematian itu meliputi golongan bawah umur.

“Majoriti mangsa adalah kanak-kanak. Ada sesetengah mayat mempunyai kesan tembakan,” kata beliau.

Polis dan pengawal sempadan berkata, sehingga enam bot sarat penumpang karam dalam tempoh dua minggu.

Banyak bot kecil atau bot nelayan kecil tidak sepatutnya membawa penumpang.

“Bot kecil itu tidak wajar digunakan untuk mengharung­i laut terbuka atau ombak besar di muara Naf,” kata Islam.

Menurutang­garanPertu­buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan bot tiba di perkampung­an Bangladesh, Shamlapur dan Shah Porir Dwip di sungai Naf sejak Rabu minggu lepas.

PBB berkata sekurang- kurangnya 370,000 etnik Rohingya beragama Islam melarikan diri dari operasi tentera Myanmar di Rakhine sejak 25 Ogos, menyebabka­n kem pelarian di Bangladesh sesak.

Lebih 1,100 kanak-kanak Rohingya melarikan diri dari keganasan di barat Myanmar tiba bersendiri­an di Bangladesh sejak 25 Ogos, menurut statistik terbaharu UNICEF.

Kanak-kanak yang datang bersendiri­an ini berdepan risiko serangan seksual, penyeludup­an manusia dan trauma psikologi, kata agensi PBB untuk kanak-kanak.

Ramai melihat anggota keluarga mereka dibunuh secara beramai- ramai di kampung-kampung di negeri Rakhine, di mana tentera Myanmar dan penduduk beragama Buddha dituduh melakukan jenayah yang digambarka­n oleh ketua agensi hak kemanusiaa­n PBB sebagai penghapusa­n etnik.

Penduduk lain berjaya menyelamat­kan diri dengan beberapa kanak-kanak tiba di Bangladesh dengan kesan kecederaan peluru dan serpihan peluru.

Satu contoh 128,000 kehadiran baharu dilakukan pada awal September di kelima-lima kem mendapati 60 peratus adalah kanakkanak, termasuk 12,000 di bawah usia satu tahun.

“Pada mulanya mereka tidak bercakap, tidak makan dan tidak bermain.

“Mereka hanya duduk terpaku,” kata Moazzem Hossain, pengurus projek untuk badan kebajikan Bangladesh BRAC. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KELAPARAN: Pelarian Rohingya Muslim menunggu makanan untuk diagihkan oleh sebuah pertubuhan kebajikan tempatan di luar masjid di Cox’s Bazar, Bangladesh kelmarin.
— Gambar Reuters KELAPARAN: Pelarian Rohingya Muslim menunggu makanan untuk diagihkan oleh sebuah pertubuhan kebajikan tempatan di luar masjid di Cox’s Bazar, Bangladesh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia