Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga angkasawan laksanakan misi lima bulan di ISS

-

BA I K O N U R : Du a angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan seorang kosmonaut Russia berlabuh di Stesen Angkasa Antarabang­sa (ISS) untuk misi selama lima bulan semalam selepas pelancaran waktu malam dari kosmodrom Baikonur di Kazakhstan.

Agensi angkasa Roscosmos di Russia berkata pesawat angkasaSoy­uzMS-06“berjaya berlabuh” di ISS pada 0255 GMT dalam satu kenyataan di laman sesawangny­a.

Roket Soyuz itu yang membawa Alexander Misurkin dari Roscosmos, penerbang kali pertama NASA Mark Vande Hei dan rakan sekerjanya yang veteran Joe Acaba berlepas mengikut jadual dari Baikonur pada jam 3.17 pagi (waktu tempatan).

Tiga angkasawan itu kini akan menyertai Paolo Nespoli dari Itali, Sergey Riazanski dari Russia dan Randy Bresnik dari AS di atas makmal orbit itu.

Pelancaran itu menandakan kali pertama dua angkasawan AS sama-sama berlepas untuk misi ke ISS dari Baikonur, Russia, sejak Jun 2010.

Agensi angkasa Amerika menghentik­an pelancaran­nya sendiri yang dikawal oleh manusia ke ISS pada 2011 tetapi baru- baru ini mengambil langkah untuk meningkatk­an kru di ISS manakala pihak Russia mengurangk­an kru mereka dalam langkah menjimatka­n kos yang diumumkan pada tahun lepas.

Acaba, 50, sudah meluangkan masa hampir 138 hari di angkasa dalam dua misi, manakala Vande Hei, 50, berkhidmat dengan tentera AS di Iraq sebelum menjalani latihan sebagai angkasawan.

Misurkin, 39, yang memulakan misi keduanya di atas ISS, juga mempunyai latar belakang ketenteraa­n.

Bercakap di sidang akhbar sebelum pelancaran pada Isnin lepas, Acaba, yang berketurun­an Puerto Rico, berkata dia akan membawa beberapa ‘musik Latin’ ke makmal berkenaan untuk menaikkan semangat kru lain.

“Saya dapat memberi jaminan kepada rakan kru saya bahawa mereka tidak akan tertidur sewaktu muzik itu dan jika anda mahu menari pada kira-kira jam 3.00 pagi di dalam kapsul Soyuz kami, saya rasa anda akan seronok dengannya,” katanya kepada wartawan.

Pelancaran itu dibayangi taufan berbahaya yang telah membadai rantau Caribbean dan bahagian selatan AS.

Kamera luar di ISS menangkap gambar taufan Irma pada minggu lepas yang bergerak di Lautan Atlantik ketika ia bersiap sedia untuk mencetuska­n huru-hara yang membawa kematian dan kemusnahan.

Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston berkata awal bulan ini, ia mengalami kerosakan yang signifikan sewaktu Taufan Harvey, tetapi Menara Kawalan Misi masih beroperasi.

Vande Hei bernada suram dalam tweet prapelanca­ran pada Isnin lepas.

“Tinggal dua hari. Matahari terbit di atas Baikonur, Kazakhstan. Berdoa untuk rakyat Florida selain pemulihan berterusan Pantai Teluk Texas,” katanya.

Angkasa merupakan satu daripada beberapa bidang dalam kerjasama antarabang­sa antaraRuss­iadanASyan­gtidak dirosakkan oleh ketegangan berhubung konflik di Ukraine dan Syria.

ISS mengelilin­gi Bumi pada ketinggian kira- kira 400 kilometer, sekali setiap 90 minit pada kelajuan kirakira 28,000 kilometer sejam untuk misi berterusan yang penting. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? BERLEPAS: Kapal angkasa lepas Soyuz MS-06 membawa angkasawan AS dan Rusia dilancarka­n dari pad pelancaran ke ISS awal semalam. Gambar sisipan menunjukka­n (dari kiri) Acaba, Misurkin dan Vande Hei berjalan keluar dari hotel untuk persiapan prapelanca­ran...
— Gambar AFP/Reuters BERLEPAS: Kapal angkasa lepas Soyuz MS-06 membawa angkasawan AS dan Rusia dilancarka­n dari pad pelancaran ke ISS awal semalam. Gambar sisipan menunjukka­n (dari kiri) Acaba, Misurkin dan Vande Hei berjalan keluar dari hotel untuk persiapan prapelanca­ran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia