Utusan Borneo (Sarawak)

Gaji bukan punca polis terlibat rasuah

Isu rasuah sebenarnya berkait rapat dengan integriti dan nilai diri seseorang

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak berpendapa­t isu ‘gaji kurang’ punca anggota penguat kuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat rasuah, adalah kurang tepat.

Setiausaha Agung PBPM Sarawak Nichol Nyambang berkata ini kerana isu rasuah sebenarnya berkait rapat dengan integriti dan nilai diri seseorang.

“Ini kerana kalau dikaitkan dengan gaji kurang, bukan sahaja pegawai penguat kuasa pernah ditahan atas kesalahan rasuah tetapi pegawai atasan yang bergaji berpuluh ribu sebulan pun terlibat.

“Semua ini terpulang kepada

Ini kerana kalau dikaitkan dengan gaji kurang, bukan sahaja pegawai penguat kuasa pernah ditahan atas kesalahan rasuah tetapi pegawai atasan yang bergaji berpuluh ribu sebulan pun terlibat.

individu, mungkin mereka ini terikut-ikut dengan gaya hidup mewah tetapi tidak berkemampu­an. Namun lebih banyak yang terjerumus kerana ‘kena pancing’ pemberi rasuah,” katanya kepada Utusan Borneo.

Justeru beliau berpendapa­t, pemberi rasuah sewajarnya diberi hukuman yang lebih berat berbanding penerima rasuah.

“Kalau tiada pemberi, maka tiada rasuah. Tiada siapa pun yang tidak akan kelabu mata apabila ditawarkan ribuan malah puluhan ribu ringgit untuk mengelak daripada diambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Nichol yang bersara wajib pada 2010, bagaimanap­un mengakui rasuah merupakan isu yang rumit untuk ditangani kerana ia berlaku disebabkan banyak faktor.

“Gaji polis misalnya telah disemak semula beberapa tahun lalu berbanding dahulu semasa saya masih dalam perkhidmat­an, gaji anggota kecil tetapi tidak ramai terlibat rasuah.

“Oleh itu sekali lagi saya tegaskan, semua ini terpulang kepada hati dan keinginan kita masing-masing,”ujarnya.

Dalam pada itu katanya, persatuan amat menyambut baik saranan kenaikan gaji anggota agensi penguat kuasa kerana tugas mereka ketika ini lebih mencabar berbanding dahulu.

Anggota agensi penguat kuasa terutama polis berdepan ancaman bentuk baharu dengan jenayah yang lebih terancang dan modus operandi lebih kompleks menyebabka­n mereka terdedah kepada bahaya sehingga meragut nyawa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini yang menggesa kerajaan melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota serta agensi-agensi penguat kuasa di negara ini khususnya PDRM.

“Ini salah satu langkah penting bagi mengelak anggota dan pegawai agensi-agensi penguat kuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa,” kata SPRM.

Kenyataan akhbar itu dikeluarka­n sempena pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu menggantik­an Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Nichol Nyambang Setiausaha Agung PBPM Sarawak

 ??  ?? TUMPUAN MEDIA: Jack (tengah) menjawab soalan-soalan dikemukaka­n wartawan.
TUMPUAN MEDIA: Jack (tengah) menjawab soalan-soalan dikemukaka­n wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia