Utusan Borneo (Sarawak)

Panda gergasi tertua mati pada usia 37 tahun

-

SHANGHAI: Panda gergasi tertua dalam kurungan di dunia sudah mati pada usia 37 tahun – lebih 100 tahun dalam usia manusia – kata pengendali­nya di China semalam ketika mereka mengucapka­n selamat jalan yang emosional kepada ‘Basi’ yang sesuai bagi selebriti kecil.

Basi hidup hampir dua dekad lebih lama daripada panda lain yang sebaya – panda di belantara mempunyai jangka hayat purata kira-kira 20 tahun, tetapi panda dalam kurungan amnya hidup lebih lama. Ia seperti bintang yang disayangi di China dan hari jadinya selalunya diraikan dengan meriah.

Televisyen kerajaan melaporkan secara langsung semalam dari zoo di mana Basi tinggal di tenggara China, yang mengadakan acara penghormat­an kepadanya.

“Dengan hati yang berat, kami dengan rasminya mengumumka­n pada hari ini bahawa model asal ‘Panpan’, maskot bagi Sukan Asia pertama (di China, 1990), dan malaikat persahabat­an baik di dalam mahupun di luar negara, bintang panda gergasi Basi mati pada jam 8.50 pagi pada 13 September 2017 pada usia 37 tahun,” kata Pusat Pertukaran dan Penyelidik­an Panda Gergasi Selat di Fuzhou.

Basi tinggal di kemudahan itu sejak diselamatk­an dari belantara setelah ia terjatuh ke dalam sungai di barat daya China pada usia empat atau lima tahun, katanya.

Ia dinamakan sempena kampung di mana ia dijumpai.

Basi meluangkan masa seketika di luar negara apabila ia dipinjamka­n kepada Zoo San Diego selama enam bulan pada 1987.

Panda gergasi mempunyai kadar reprodukti­f yang amat rendah, satu penyumbang penting – selain kehilangan habitat – kepada statusnya yang lemah dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabang­sa bagi Pemulihara­an Alam Semula Jadi (IUCN) bagi spesies terancam.

Beruang hitam putih itu, yang melambangk­an usaha perlindung­an hidupan liar di seluruh dunia, dahulu diklasifik­asikan sebagai terancam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HARI JADI TERAKHIR: Gambar fail menunjukka­n ‘Basi’ menikmati kek hari jadinya yang disediakan oleh pengendali­nya di pusat panda gergasi di Fuzhou, China pada 18 Januari lalu.
— Gambar AFP HARI JADI TERAKHIR: Gambar fail menunjukka­n ‘Basi’ menikmati kek hari jadinya yang disediakan oleh pengendali­nya di pusat panda gergasi di Fuzhou, China pada 18 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia