Utusan Borneo (Sarawak)

DUA BERADIK AKTIF CURI MOTOSIKAL DITAHAN

-

MIRI: Dua beradik lelaki masingmasi­ng penganggur diberkas polis dalam Ops Lejang dan Ops Pintu kerana dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan kecurian motosikal yang dilaporkan di sekitar daerah ini.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 34 tahun ini ditahan di sebuah rumah kosong Kampung Lereng Bukit, di sini kira-kira pada jam 8 pagi semalam.

Menurut sumber, serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang diketuai Inspektor Nasrul Hadi Jahat.

“Bertindak atas maklumat diterima, polis JSJ IPD Miri melakukan pemeriksaa­n di lokasi berkenaan mengesan suspek dan berjaya menemui barang kes curi motosikal di rumah tersebut.

“Antara barang yang ditemui ialah sebuah motosikal yang diubah nombor pendaftara­n, satu set rangka motosikal yang dileraikan dan pelbagai jenis aksesori motosikal,” katanya.

Kesemua barang dipercayai dicuri itu dirampas untuk dijadikan bahan bukti kes.

Kedua-dua suspek berasal dari Kampung Lereng Bukit itu kemudianny­a ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a.

Difahamkan, kedua-dua suspek juga terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

 ??  ?? DITANGKAP: Kedua-dua beradik yang aktif dalam kecurian motosikal dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. DIRAMPAS: Antara barang disyaki dicuri ditemui pada rumah suspek dirampas dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk dijadikan...
DITANGKAP: Kedua-dua beradik yang aktif dalam kecurian motosikal dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. DIRAMPAS: Antara barang disyaki dicuri ditemui pada rumah suspek dirampas dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk dijadikan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia