Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT LELAKI DICEKUP JUAL NOSPAN DEKAT BANGUNAN KERAJAAN

-

KUCHING: Tindakan berani empat lelaki dipercayai menjual pil Nospan berhampira­n bangunan pentadbira­n kerajaan di Petra Jaya di sini mengundang padah apabila dicekup polis yang melancarka­n serbuan Ops Sarang kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kuching selepas mendapat maklumat awam berhubung aktiviti tersebut sekitar jam 3 petang Jumaat lepas.

Menurutnya, hasil serbuan tersebut berjaya merampas 560 biji pil Nospan yang dianggarka­n bernilai RM350.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas salah seorang suspek berjaya menjumpai satu beg yang mengandung­i 27 peket plastik lutsinar berisi setiap peket 16 biji pil disyaki Nospan dan 16 peket lutsinar berisi setiap peket lapan biji juga disyaki pil Nospan.

“Jumlah keseluruha­n pil yang dirampas adalah 560 biji dan turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM290,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Keempat-empat suspek yang ditahan berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun dan masing-masing berasal dari Kampung Sinjan, Kampung Stapok, Jalan Astana dan Jalan Perupok.

“Selain itu, ujian saringan air kencing juga mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis Methapheta­mine,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952 dan Sesk 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? OPS SARANG: Serbuan yang dijalankan oleh pihak polis yang berjaya menangkap empat lelaki disyaki penjual pil Nospan.
OPS SARANG: Serbuan yang dijalankan oleh pihak polis yang berjaya menangkap empat lelaki disyaki penjual pil Nospan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia