Utusan Borneo (Sarawak)

JALIL SUNTIK SEMANGAT KUCHING FA

Berkongsi kepakaran dan pengalaman­nya bersama skuad warga kota itu dalam sesi latihan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Bekas pemain dan jurulatih Sarawak, Abdul Jalil Rambli menyuntik semangat bagi persiapan skuad Kuching FA mengharung­i aksi suku akhir pertama Piala FAM 2017 menentang UKM FC pada 19 September (Selasa) ini di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Bekas jurulatih skuad Sarawak itu diterbangk­an khas dari Kuala Lumpur untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman­nya bersama skuad warga kota dalam sesi latihan kira- kira sejam di Padang C, Petra Jaya di sini semalam.

Ketika ditemui, Abdul Jalil merakamkan penghargaa­n kepada Pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman kerana sudi menjemput beliau untuk berkongsi ilmu dengan skuad itu.

“Saya tidak terkejut apabila mendapat tahu Kuching FA berjaya melangkah ke suku akhir Piala FAM. Tetapi, saya berharap Kuching FA tidak berhenti setakat itu sahaja dan kita harus cuba melakukan impak terbaik.

“Di ASTRO, saya sering membuat analisis terhadap banyak pasukan dan kita di Sarawak ada ramai pemain berbakat, masalahnya mereka tidak mendapat peluang apabila kita sampai ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Abdul Jalil turut berkongsi rasa bangga dengan kejayaan Kuching FA melangkah ke suku akhir Piala FAM sam- bil menyifatka­nnya langkah pertama bagi skuad bandar raya itu melakarkan kejayaan lebih besar.

Beliau juga optimis Kuching FA mampu mengorak langkah lebih jauh dan ia dibuktikan dengan kejayaanny­a menjuarai saingan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) edisi pertama tahun lalu.

Mengenai pertemuan dengan UKM FC, Abdul Jalil mengingatk­an semua pemain Kuching FA untuk memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri bagi memburu kemenangan mutlak.

“UKM FC juga gentar bermain di Kuching. Fokus untuk memenangi perlawanan di sini, kemudian baharu kita fokus perlawanan kedua,” katanya.

Abdul Jalil yang kini bertugas di ASTRO pernah mem- bimbing pasukan Sarawak pada 2005 dan 2006.

Sementara itu, Fazzrudin turut hadir pada sesi latihan skuadnya semalam berterima kasih dengan kehadiran Abdul Jalil kerana sudi berkongsi pengalaman dan kemahiran bersama anak- anak buahnya.

“Seperti yang saya maklumkan dahulu, untuk Kuching FA melangkah lebih jauh selepas suku akhir kita memerlukan sokongan semua pihak yakni dari jurulatih, bekas pemain Sarawak terutamany­a peminat- peminat sukan di Kuching memberi sokongan moral kepada pemain-pemain.

“Kerana itu, kita menjemput jurulatih Abdul Jalil bersama-sama memberi input yang dapat kita gunakan untuk menambah baik mutu permainan pemain-pemain Kuching FA,” katanya.

ADUN Tupong itu berkata, pihaknya memerlukan khidmat Abdul Jalil untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang masih ketara dalam skuad itu sambil berharap pengalaman dimiliki jurulatih lagenda itu dapat memperkuat peluang Kuching FA.

Menurutnya, Kuching FA akan terus mengguna pakai khidmat Abdul Jalil selagi skuad itu masih bersaing dalam saingan ‘kalah singkir’ Piala FAM.

“Saya juga menyeru semua peminat bola sepak di Kuching memberi sokongan padu kepada skuad kami kerana ini merupakan satu sejarah baharu setelah kita berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala FAM musim ini,” katanya.

Saya tidak terkejut apabila mendapat tahu Kuching FA berjaya melangkah ke suku akhir Piala FAM. Tetapi, saya berharap Kuching FA tidak berhenti setakat itu sahaja dan kita harus cuba melakukan impak terbaik. Abdul Jalil Rambli Bekas pemain dan jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? KONGSI ILMU: Abdul Jalil (dua kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain skuad Kuching FA bersama Fazzrudin (kiri) di Padang C, Petra Jaya Kuching semalam.
KONGSI ILMU: Abdul Jalil (dua kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain skuad Kuching FA bersama Fazzrudin (kiri) di Padang C, Petra Jaya Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia