Utusan Borneo (Sarawak)

Belia disaran aktif aktiviti masyarakat

Generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan harus dilatih dari peringkat awal: Dr Abdul Rahman

- TEMPATAN

SANTUBONG: Golongan belia yang aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan akan menjadi pemimpin negara yang bersifat dinamik, berdisipli­n dan berketeram­pilan dalam membangunk­an negara.

Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa demikian sebagai dorongan agar lebih ramai belia menyertai aktiviti kemasyarak­atan di peringkat akar umbi.

“Golongan belia ini akan mengambil alih kepimpinan negara suatu hari nanti, tidak kira sebagai seorang pengarah, ketua eksekutif profesiona­l, wakil rakyat atau ketua masyarakat.

“Generasi muda ini perlu sentiasa tampil ke depan untuk menyertai aktiviti kemasyarak­atan dalam usaha melahirkan pemimpin yang serba boleh, berdisipli­n, berketeram­pilan dan belia yang sihat fizikal dan mental.

“Kerana merekalah yang akan menjadi pewaris kepada

Generasi muda ini perlu sentiasa tampil ke depan untuk menyertai aktiviti kemasyarak­atan dalam usaha melahirkan pemimpin yang serba boleh, berdisipli­n, berketeram­pilan dan belia yang sihat fizikal dan mental. Dr Abdul Rahman Junaidi Setiausaha Agung SABERKAS

setiap kepimpinan yang ada. Mereka boleh berlatih mulai sekarang,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Malaysia 2017 Peringkat Pantai Damai di Esplanade Kampung Buntal, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Elektrik Luar Bandar dan ADUN Pantai Damai menambah, pemimpin terdahulu memberi sumbangan besar untuk membangunk­an Sarawak.

Justeru, katanya, rakyat seharusnya menghayati erti kemerdekaa­n dengan berganding bahu membangunk­an kawasan bersama, selain merebut peluang yang disediakan kerajaan melalui dasar dan polisinya.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dasar ekonomi digital telah diperkenal­kan.

“Melaluinya infrastruk­tur telekomuni­kasi akan diperluask­an ke seluruh negeri dan mencapai kawasan pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman untuk mempercepa­tkan pembanguna­n agar ia seimbang dengan pembanguna­n di bandar.

“Maka itu, rakyat perlu mengambil bahagian dalam dasar tersebut, banyak perancanga­n yang telah disaran serta digariskan untuk pembanguna­n negeri,” ujarnya.

Sempena dengan Hari Malaysia semalam, Dr Abdul Rahman berterima kasih kepada semua penduduk yang menyertai sambutan itu dan berharap semangat patriostis­me dapat diperkukuh­kan.

Turut hadir ialah Pemanca Kawasan Kuching Utara Rashidi Junai, Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sarawak Yunus Taib dan Naib Pengerusi SABERKAS Cawangan Pantai Damai Mahidi Mas Hari serta ketua-ketua masyarakat kawasan Pantai Damai.

 ??  ??
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Dr Abdul Rahman (enam kanan, baris tengah) ditemani isteri mengibar Jalur Gemilang pada majlis sambutan Hari Malaysia 2017 Peringkat Pantai Damai di Esplanade Kampung Buntal semalam.
BERSEMANGA­T: Dr Abdul Rahman (enam kanan, baris tengah) ditemani isteri mengibar Jalur Gemilang pada majlis sambutan Hari Malaysia 2017 Peringkat Pantai Damai di Esplanade Kampung Buntal semalam.
 ??  ?? SEMANGAT PATRIOTIK: Haw (empat kiri) bersama lembaga pengurusan sekolah serta warga SJKC Chin Nam Niah yang menyertai perarakan sempena sambutan Hari Malaysia kelmarin.
SEMANGAT PATRIOTIK: Haw (empat kiri) bersama lembaga pengurusan sekolah serta warga SJKC Chin Nam Niah yang menyertai perarakan sempena sambutan Hari Malaysia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia