Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut selepas dipercayai dilanggar lari

Kedua-dua mangsa warga Indonesia, motosikal remuk teruk, 4WD ditinggal di lokasi

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pembonceng meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Miri selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang kemudian melarikan diri meninggalk­an kenderaan itu di lokasi kejadian

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n kejadian yang berlaku di Jalan Sepupok-Simpang Ngu dekat sini tengah malam semalam.

Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira pada jam 12.15 tengah malam semalam apabila kedua-dua mangsa dikenal pasti warga Indonesia datang dari arah Pekan Batu Niah ke arah Simpang Ngu.

“Setibanya di kawasan berhadapan Rumah Tinggang Mawar, mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang.

“Kesan pelanggara­n dilihat daripada kerosakan bahagian

Kesan pelanggara­n dilihat daripada kerosakan bahagian tayar belakang motosikal dan kerosakan bahagian hadapan 4WD ditinggal di tempat kejadian. Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit Timbalan Ketua Polis Daerah Miri

tayar belakang motosikal dan kerosakan bahagian hadapan 4WD ditinggal di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, polis sedang mengesan pemandu 4WD itu dipercayai melarikan diri sejurus merempuh kedua-dua mangsa berkenaan.

Stanley berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? DIREMPUH: Keadaan motosikal mangsa selepas dirempuh 4WD (kanan) yang ditinggalk­an selepas dipercayai melanggar penunggang dan pembonceng motosikal itu.
DIREMPUH: Keadaan motosikal mangsa selepas dirempuh 4WD (kanan) yang ditinggalk­an selepas dipercayai melanggar penunggang dan pembonceng motosikal itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia