Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek keselamata­n Akademi Tahfiz Darul Huffaz Annur dipertingk­at

-

SIBU: Aspek keselamata­n Akademi Tahfiz Darul Huffaz Annur di Jalan Kuda di sini akan dipertingk­at bagi memastikan keselamata­n penghuniny­a selamat dan terjamin.

Justeru, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapa’ee segera mendapatka­n nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memasang ciri keselamata­n tambahan di akademi tahfiz tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka itu memberitah­u demikian selepas melawat akademi tersebut bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Jaafar di sini petang kelmarin.

Lawatan itu diadakan susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Kuala Lumpur dua hari lalu yang mengorbank­an 23 pelajar termasuk dua warden.

“Lawatan bersama Jabatan Bomba bertujuan memas- tikan pusat ini mematuhi keperluan keselamata­n diperlukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi itu berkata beliau akan menyediaka­n alat pemadam kebakaran di pusat tahfiz itu dengan segera.

Sementara itu, Abdul Mu- talif berkata Jabatan Bomba meninjau tahfiz tersebut dan membuat keperluan diperlukan termasuk cadangan tangga tambahan di luar premis itu.

Akademi Tahfiz Darul Huffaz Annur ditaja oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).

Pengurusny­a, Mohd Helmi Abu Bakar memberitah­u akademi itu mula beroperasi pada Disember 2015.

Ia menempatka­n 10 pelajar sepenuh masa yang menduduki dua bilik di tingkat pertama. Terdapat kira-kira 40 pelajar sambilan hanya datang untuk kelas malam.

Seorang warden tetap ditugaskan menjaga 10 pelajar. Pusat ini mempunyai dua guru.

 ??  ?? TINJAU: Dr Annuar (tengah), Mutalif (tiga kiri) dan dua lagi anggota bomba (sebelah kanan) meninjau pusat tahfiz tersebut dan membincang­kan penambahan aspek keselamata­n.
TINJAU: Dr Annuar (tengah), Mutalif (tiga kiri) dan dua lagi anggota bomba (sebelah kanan) meninjau pusat tahfiz tersebut dan membincang­kan penambahan aspek keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia