Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu pemimpin parti politik pembangkan­g ditangkap

-

KUCHING: Seorang pembantu pemimpin parti politik pembangkan­g ditangkap polis petang semalam susulan status Facebook yang dikatakan mengaibkan seorang bekas pemimpin negara yang telah meninggal dunia.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, penangkapa­n itu adalah susulan satu laporan polis dikemukaka­n di Balai Polis Sekama, semalam.

“Setelah meneliti kandungan status ini, polis telah membuat keputusan untuk menyiasat laporan ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, pemilik akaun Facebook itu, seorang lelaki berumur 28 tahun telah dikenal pasti dan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan ditangkap jam 4.15 petang.

Telefon bimbit individu itu telah dirampas bagi tujuan siasatan.

Dia telah dibebaskan dengan jamin polis sebaik sahaja keterangan­nya dirakam, kata Amer.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata menerusi Facebookny­a beliau menerima panggilan telefon daripada pembantuny­a yang memaklumka­n perkembang­an itu.

Beliau turut menemani pembantuny­a ketika proses tangkapan dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia