Utusan Borneo (Sarawak)

Guru wanita rugi RM22,600 ditipu kenalan lelaki alam maya

-

LIMBANG: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM22,600 selepas didakwa ditipu seorang kenalan lelaki Facebook yang mendakwa ingin melakukan urusan penghantar­an bungkusan emas dalam kejadian barubaru ini.

Mangsa dari sebuah rumah panjang Medamit dalam laporannya mendakwa ditipu kenalannya yang ingin menghantar bungkusan emas dan wang asing.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa terperdaya dengan membuat dua transaksi ke akaun suspek wanita sebanyak RM4,600 pada Selasa lepas.

“Mangsa turut melakukan transaksi kedua ke atas nombor akaun suspek wanita berlainan sebanyak RM18,000 pada Rabu lepas,” katanya lagi.

Katanya, satu laporan polis dibuat mangsa sudah berkahwin itu pada Rabu lepas jam 12.20 tengah hari sebaik menyedari barang dijanjikan dikirim tidak diterima sehingga hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia