Utusan Borneo (Sarawak)

Meninggal dunia ketika berjalan kaki balik rumah

-

SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas jatuh pengsan ketika sedang berjalan kaki pulang ke rumah di Jalan Pedada petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Chua Huo Hong, 29, ditemui pengsan oleh orang awam sekitar jam 4.40 petang.

Mangsa kemudian dihantar orang awam mengenalin­ya ke rumahnya di Jalan Bertuah.

Pihak ambulans yang dimaklumka­n tiba di rumah dan mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia.

Difahamkan mangsa mempunyai rekod kesihatan berkaitan penyakit kencing manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia