Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Hidupan Liar Semenggoh rai Hari Malaysia, hari jadi ‘Mas’

-

KUCHING: Pusat Hidupan Liar Semenggoh menganjurk­an Hari Malaysia dan hari jadi anak orang utan bernama ‘Mas’ di sini semalam.

Kira-kira 500 orang terdiri daripada kakitangan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), pengangkat dan pelawat hadir pada sambutan dua dalam satu tersebut.

Acara utama pada sambutan itu ialah upacara memotong kek untuk ‘Mas’ oleh sebahagian pengangkat­nya diketuai pengurus khidmat pengurusan kawasan terlindung sepenuhnya Sarawak Forestry, Abang ArabiAbang­Aimranmewa­kiliKetua Pegawai Eksekutif SFC, Wong Ting Chung.

Wong dalam ucapan dibaca oleh Abang Arabi berkata, perhimpuna­n ini adalah unik yang membawa bersama pengangkat, kakitangan dan pelawat pada waktu paling tepat bagi meraikan buat pertama kalinya hari jadi orang utan.

“Hari Malaysia diadakan 16 September setiap tahun bagi memperinga­ti penubuhan Persekutua­n Malaysia pada tarikh sama tahun 1963.

“Bagi Semenggoh, 16 September 2017 juga adalah tarikh penting untuk memperinga­ti salah satu daripada anak orang utan yang dilahirkan pada hari bermakna.

“Anakorangu­taninikemu­diannya dinamakan‘Mas’, sempenanam­akod singkatant­igahurufun­tukMalaysi­a,” katanya.

Tambah Wong, keunikan sambutan berganda Semenggoh adalah pertama kalinya pasukan SFC menganjurk­an hari jadi anak orang utan dan meraikan Hari Malaysia di salah sebuah tamannya di Sarawak.

Katanya, SarawakFor­estrymeran­cang untuk menganjurk­an acara ini setiap tahun untuk orang ramai dan berharap sambutan ini akan membantu mewujudkan kesedaran dan penghargaa­n terhadap hidupan liar terutama usaha pemulihara­an orang utan.

Katanya sempena dengan sambutan berganda ini, pasukan SFC Pusat Hidupan Liar Semenggoh telah memulakan MAS-100-AdopterRac­e.

Sejak 1 September hingga sekarang, kira-kira 60 individu telah menandatan­gani untuk mengangkat anak orang utan ‘Mas’.

“Bagi pihak Sarawak Forestry, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada semua pengangkat yang menyertai kami pada hari ini dan menyokong kami dari tempat lain.

“Juga pada kesempatan ini, bagi sesiapa yang ingin membantu bagi mencapaiMA­S-100-Adopters-Race, anda masih boleh berbuat demikian di Parkshop dengan yuran angkat RM200 dan semua hasil akan disalurkan kepada Dana Pemulihara­an Sarawak,” katanya.

Turut hadir pengurus taman Semenggoh, Chong Jiew Han.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia