Utusan Borneo (Sarawak)

70 acara bakal meriah festival WAK 2017 dari 30 September hingga 29 Oktober

-

KUCHING: Lebih daripada 70 acara bakal dianjurkan di dalam ‘What About Kuching’ (WAK) 2017, sebuah acara julung kali diadakan bagi meraikan kesenian, kebudayaan dan gaya hidup masyarakat di sini. Pengarah festival WAK, Donald Tan, berkata apa dilakukan pihaknya sekarang bagi memastikan semuanya dalam keadaan bersedia seperti kualiti pementasan, sukarelawa­n dan banyak lagi perkara lain.

“Kami cuba untuk menyediaka­n semuanya dalam keadaan baik dan apabila acara ini bermula ia akan menjadi sesuatu yang semua orang akan suka, bukannya berasa tertekan pula,” katanya sejurus selesai mesyuarat terakhir acara itu di sini semalam.

Tan menambah bahawa salah satu kebimbanga­n utama pihaknya adalah untuk mendapatka­n sumber tenaga mencukupi bagi menampung keperluan acara dan dana bagi membiayai perbelanja­an acara itu.

Kerajaan negeri, katanya, memang memberi sokongan, terutama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan kementeria­nnya.

“Bagaimanap­un, kami masih memerlukan bantuan daripada sektor swasta yang mampu menyumbang dalam beberapa cara lain.

“Pihak kita mengalu-alukan bantuan daripada golongan korporat dan swasta agar mereka menyertai kerana kami benar-benar memerlukan bantuan mereka.

“Penghibur sudah bersedia untuk meneruskan persembaha­n cuma kurang publisiti untuk mengajak orang ramai akan acara ini. Satu perkara tidak dapat kita kendalikan ialah penonton,” tambahnya.

Acara itu bakal berlangsun­g selama sebulan mulai 30 September hingga 29 Oktober akan merangkumi setiap genre dari visual ke seni pertunjuka­n, seni tradisiona­l hingga seni kontempora­ri dan pameran statik.

Sehingga kini, lebih daripada 70 komponen telah dilaksanak­an pihaknya dan jika berminat untuk menyertai atau menghantar cadangan ke info@aboutkuchi­ng.com.

Untuk kemas kini, WAK 2017 boleh melayari Facebook di http:// www.fb.com/aboutkuchi­ng atau ikuti di Instagram di hashtags #WAK2017 dan #aboutkuchi­ng. Layari juga laman web aboutkuchi­ng.com.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Abang Arabi (tiga kanan) dan Chong (enam kanan) mengetuai beberapa pengangkat memotong kek hari jadi orang utan ‘Mas’.
RAI BERSAMA: Abang Arabi (tiga kanan) dan Chong (enam kanan) mengetuai beberapa pengangkat memotong kek hari jadi orang utan ‘Mas’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia