Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat peluang, potensi ekonomi luar bandar

Belia boleh jalin kerjasama dengan masyarakat setempat untuk memulakan pertanian moden: Naroden

-

Dengan kerjasama tersebut, keduadua pihak boleh menggemble­ng usaha memaju dan memanfaatk­an potensi tanah terbiar di kawasan luar bandar untuk menjalanka­n aktiviti pertanian moden secara komersial.

KUCHING: Peluang dan potensi kawasan luar bandar perlu diterokai oleh masyarakat negeri ini khususnya para belia bagi menjana pertumbuha­n ekonomi penduduk setempat.

Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohamad Naroden Majais berkata, kerjasama antara masyarakat yang berminat untuk memulakan perniagaan dan penduduk luar bandar seperti kawasan Gedong perlu terjalin erat dalam prospek mencuba sesuatu yang baharu seperti pertanian moden.

“Dengan kerjasama tersebut, kedua-dua pihak boleh menggemble­ng usaha memaju dan memanfaatk­an potensi tanah terbiar di kawasan luar bandar untuk menjalanka­n aktiviti pertanian moden secara komersial,” katanya ketika berucap menghadiri Program Walkabout #Merdeka@Komuniti Peringkat Komuniti 1Malaysia Gedong, semalam.

Naroden yang j uga Menteri Muda E- Perd- agangan berkata, ramai graduan berminat dalam sektor makanan berasaskan pertanian memandangk­an sektor itu mempunyai permintaan sangat tinggi dalam pasaran, namun mereka tidak mempunyai tanah sendiri untuk memulakan aktiviti pertanian.

“Oleh itu, penyelesai­an untuk masalah tanah adalah melalui cara usaha sama dengan petani yang mempunyai tanah, kaedah sewa atau perkongsia­n keuntungan, namun saya tidak menggalakk­an konsep pembelian tanah kerana ini akan mengakibat­kan para petani di luar bandar kehilangan tanah mereka,”katanya.

Naroden turut menyatakan penggunaan teknologi digital dalam urusan perniagaan seperti yang disyorkan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan membantu meluaskan pasaran produk ke peringkat global jika potensi yang diusahakan ini membuahkan hasil.

“Saya berharap semua pihak tidak mempersias­iakan peluang sebegini kerana masih banyak potensi yang belum diterokai terutamany­a di kawasan Gedong ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Ali Suhaili berkata, sambutan sempena Sambutan Hari Malaysia ke-54 itu berupaya untuk mening- katkan semangat patriotism­e serta menghargai nilai kemerdekaa­n dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menyentuh mengenai taklimat isu mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak, Ali berkata di Sarawak telah merekodkan sebanyak enam kes berkaitan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak sepanjang tiga bulan kebelakang­an ini.

“Saya berharap agar jenayah seksual kepada kanakkanak akan dapat dibanteras dan ditangani sebaiknya dengan adanya panduan melalui nilai keagamaan dan penghayata­n rukun negara demi menyelamat­kan masa depan anak- anak kita,” tambah Ali lagi.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Negeri Aziz Abdul Rahman, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan, Mohamad Subuh Jamali dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Datuk Mohamad Naroden Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana

 ??  ?? MERIAH: Kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2017 di Gedong mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat setempat.
MERIAH: Kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2017 di Gedong mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia