Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji cadangan tambah KRT tampung peningkata­n penduduk Desa Senadin

-

MIRI: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) diminta mengkaji cadangan mewujudkan lebih banyak Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) kawasan Desa Senadin bagi menampung keperluan penduduk meningkat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin merangkap Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, kawasan Senadin mempunyai kira- kira 82,000 populasi dan setakat ini mempunyai empat KRT.

“Kita minta JPNIN membuat kajian menambah bilangan KRT bagi meningkat usaha memelihara keharmonia­n dan hubungan baik penduduk di kejiranan Senadin.

“Selain itu memantapka­n rondaan untuk menjaga keselamata­n di Senadin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Malaysia dan Hari Keluarga anjuran Tabika Perpaduan Desa Senadin dan Rukun Tetangga Desa Senadin Fasa 1 semalam.

Katanya, KRT yang ada sekarang tidak mencukupi memandangk­an Senadin mempunyai populasi yang tinggi dan antara kawasan perumahan terbesar di Miri.

Lee berkata, KRT ini berperanan menganjur pelbagai aktiviti dalam komuniti bertujuan membolehka­n penduduk setempat berkenalan, saling membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinterak­si dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat.

Terdahulu beliau mengucapka­n syabas kepada Tadika Perpaduan Desa Senadin dan Rukun Tetangga Senadin Fasa 1 di atas usaha untuk menganjurk­an sambutan Hari Malaysia.

Mengenai permohonan tadika itu untuk mendapatka­n kemudahan penghawa dingin, Lee berkata beliau meluluskan permohonan itu selain kemudahan kipas angin untuk keselesaan.

Hadir sama Penolong Pegawai Perpaduan, Ikhwan Mohd Hanafi.

 ??  ?? SIMBOLIK: Lee (tengah) dan Ikhwan (kanan) bersama yang lain memotong reben sempena sambutan Hari Malaysia di Tabika Perpaduan Desa Senadin semalam.
SIMBOLIK: Lee (tengah) dan Ikhwan (kanan) bersama yang lain memotong reben sempena sambutan Hari Malaysia di Tabika Perpaduan Desa Senadin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia