Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan kerusi SUPP Senadin beri keselesaan kepada pesakit KK Tudan

-

MIRI: Sumbangan kerusi besi dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin menambah keselesaan pesakit dan pengunjung ketika menunggu giliran mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tudan.

Sebanyak 80 kerusi diterima untuk menggantik­an kerusi plastik yang kebanyakan­nya lama dan rosak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan juga ADUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, turut diderma sebelum ini ialah 10 kerusi roda sebagai kemudahan pesakit tua, OKU, ibu mengandung dan warga emas.

Beliau juga Pengerusi Panel Penasihat Klinik berkata, ditubuh pada 2014, panel penasihat bertujuan melihat masalah serta mendapat maklum balas daripada penduduk dan kakitangan terhadap perkhidmat­an klinik.

Turut hadir ialah Pakar Perubatan Keluarga merangkap Timbalan Pengerusi Panel, Dr Maurice Steve Utap.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lee (lima kanan) berjabat tangan dengan Dr Maurice tanda simbolik penyerahan kerusi semasa lawatan baru-baru ini.
TERIMA KASIH: Lee (lima kanan) berjabat tangan dengan Dr Maurice tanda simbolik penyerahan kerusi semasa lawatan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia