Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab KTS anjur kempen derma darah sempena Hari Malaysia

-

SIBU: Kelab KTS telah menganjurk­an kempen derma darah sempena Hari Malaysia bertempat di Star Mega Mall di sini, semalam.

Pengerusi jawatankua­sa penganjurn­ya Yiau Dee Ming berkata, kempen itu merupakan aktiviti tahunan Kelab KTS.

“Kempen kali ini adalah edisi keenam dan dianjurkan pada setiap tanggal 16 September.

“Ini adalah satu cara kami untuk melakukan usaha murni pada hari bersejarah ini.

“Secara tidak langsung ia juga dapat membantu Bank Darah Hospital Sibu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Yiau berkata, kempen dari jam 9 pagi hingga 2 petang itu terbuka kepada orang ramai serta kakitangan Kumpulan Syarikat KTS khasnya.

Beliau juga memberitah­u, kempen turut mendapat sumbangan para penaja yang menjayakan kempen tersebut.

“Kita turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Shell dan Yeo’s khasnya yang bersama-sama menjayakan program kita ini,” tambahnya.

Sementara itu, Kelvin Lau mewakili Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming hadir bagi memberi sokongan kepada kempen tersebut.

Kelvin turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada para penaja yang menjayakan kempen tersebut.

Hadir sama ialah Pengerusi Kelab KTS Benny Lau. hari lagi

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Lau (empat kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada para penaja pada kempen menderma darah anjuran Kelab KTS di Sibu, semalam.
TERIMA KASIH: Lau (empat kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada para penaja pada kempen menderma darah anjuran Kelab KTS di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia