Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif sedia pendidikan terbaik di luar bandar

Empat sekolah di Batu Danau dikenal pasti akan digabung menjadi dua sekolah baharu, kata Paulus

- Oleh Mastura Ismail

Kita mengambil ketetapan dan bersetuju supaya sebahagian sekolah di kawasan Batu Danau digabungka­n. Ia membabitka­n empat sekolah iaitu SK Ulu Lubai dan SK Nanga Merit serta SK Kuala Awang dan SK Tedungan.

LIMBANG: Kerajaan sudah mengenal pasti empat sekolah termasuk sekolah daif di Batu Danau untuk digabung menjadi dua sekolah baharu dalam menyediaka­n prasarana pendidikan terbaik di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, empat sekolah berkenaan antara lebih 10 sekolah daif terdapat di daerah ini membabitka­n kawasan beliau dan Bukit Kota.

Jelasnya, isu sekolah daif sudah dibincangk­an dengan Kementeria Pendidikan Negeri minggu lepas termasuk menyenarai­kan beberapa sekolah perlu diberi perhatian sebelum ini.

“Kita mengambil ketetapan dan bersetuju supaya sebahagian sekolah di kawasan Batu Danau digabungka­n.

“Ia membabitka­n empat sekolah iaitu SK Ulu Lubai dan SK Nanga Merit serta SK Kuala Awang dan SK Tedungan,” katanya pada Hari Keluarga SABERKAS Batu Danau, sempena Hari Malaysia di Tanjong Putra Fishing Corner semalam.

Turut sama ialah isteri Paulus Mary Sindang, Setiausaha SABERKAS Batu Danau Jimmy Ngindang juga pengerusi program, Bendahari SABERKAS Batu Danau yang juga pemilik Tanjong Putra Fishing Corner Kauselor Ekit Awang dan isteri Limsiah Tutong, Pegawai JASA Batu Danau Endrawati Thomas dan ahli jawatankua­sa tertinggi SABERKAS Batu Danau.

Paulus berkata lagi tapak bagi SK Nanga Merit sudah ada dan kini dalam proses membuat pembayaran kepada pemilik tanah.

“Jika selesai proses pembayaran ini, sekolah baharu akan dapat dibina di bawah fasa dua dijangka bermula tahun depan,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau memberitah­u SK Kuala Awang dan SK Tedungan merupakan sekolah yang dianggap daif apabila satu blok bangunan SK Kuala Awang sudah uzur.

“Dua sekolah ini juga digabung bagi membolehka­n pembinaan sebuah lagi sekolah baharu dan Jabatan Tanah dan Survei ( JTS) sedang mencari tapak bersesuaia­n di Batu Danau,” katanya sambil menambah penggabung­an itu tidak melibatkan kesemua Sekolah Kurang Murid (SKM).

Beliau optimis pembinaan sekolah baharu itu pelajar akan dapat menikmati suasana pembelajar­an lebih kondusif selain mencapai keputusan peperiksaa­n lebih cemerlang.

Sementara itu beliau menempelak sikap sesetengah pihak suka menggunaka­n isu perkauman sehingga mencetus keadaan huru-hara meskipun rakyat meraikan ulang tahun ke-54 pembentuka­n Malaysia.

“Ada pihak menggunaka­n isu perkauman dan keagamaan mencetuska­n huru-hara. Kita berharap perkara ini tidak berleluasa, kerana usia 54 penubuhan Malaysia perlu fokus dalam mewujud perpaduan di samping membangun modal insan demi kepentinga­n generasi akan datang,” katanya lagi.

Mengulas mengenai program itu katanya ia mampu merapatkan hubungan sesama ahli SABERKAS Batu Danau melalui program santai.

Sebanyak 18 unit SABERKAS ditubuhkan di bawah Batu Danau.

Paulus Palu Gumbang ADUN Batu Danau

 ??  ?? SEMANGAT MALAYSIA: Paulus (empat kiri) bersama Limsiah (dua kiri), Mary dan jawatankua­sa SABERKAS Batu Danau mengibar Jalur Gemilang pada Hari Keluarga semalam.
SEMANGAT MALAYSIA: Paulus (empat kiri) bersama Limsiah (dua kiri), Mary dan jawatankua­sa SABERKAS Batu Danau mengibar Jalur Gemilang pada Hari Keluarga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia