Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta Quickwim perlu sedia sertai perniagaan ekonomi digital

-

KUCHING: Peserta Kursus Quickwim Pemanis Mulut dan Makanan Ringan digesa menggunaka­n kemahiran dan pengetahua­n dipelajari sepenuhnya selain menjadi sebahagian peserta ekonomi digital.

Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Samariang Hanifah Saed berkata, ia bagi menyahut seruan Ketua Menteri untuk melibatkan lebih ra- mai rakyat terlibat dalam ekonomi digital dengan menyertai bahagian dalam keusahawan­an digital.

“Saya tidak mahu peserta balik ke rumah dan lupa mengenai apa dipelajari semasa kursus.

“Sebaliknya guna ia sebaiknya dan mulakan perniagaan kecilkecil­an dan kekal, baharulah perniagaan akan terus berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan kursus bagi mewakili Menteri Muda (UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di sini, baru-baru ini.

Kursus tiga hari itu merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Masyarakat (PKEM) Petra Jaya dan dihadiri 20 orang peserta.

Selain belajar membuat pelbagai pencuci mulut dan makanan ringan, terdapat juga ceramah mengenai keusahawan­an melengkapk­an peserta dengan maklumat dan kemahiran untuk memulakan perniagaan.

Hanifah berkata, ia akan memberi manfaat kepada peserta dan keluarga kerana memperoleh pendapatan tambahan menjual makanan pencuci mulut dan makanan ringan.

“Apabila anda ke hotel, anda akan melihat semua hidangan pencuci mulut menarik dan kreatif, membuat pengunjung ingin mencuba dan merasainya.

“Ia mungkin hidangan pencuci mulut sederhana tetapi cara ia dihidang akan membuat perbezaan,” katanya.

Bagi tujuan promosi produk beliau mencadangk­an agar peserta menggunaka­n media sosial atau atas talian seperti Facebook untuk mendapatka­n pelanggan.

Hanifah menegaskan, terdapat ramai di kalangan usahawan yang menyiarkan gambargamb­ar produk mereka dalam Facebook untuk menarik pelanggan.

Pada kursus berkenaan peserta turut menerima sijil penyertaan masingmasi­ng dan kit peralatan untuk memulakan perniagaan mereka.

 ??  ?? TAMAT KURSUS: Hanifah (depan, tiga kiri) merakam kenangan bersama peserta dengan hasil kreativiti serta sijil masing-masing.
TAMAT KURSUS: Hanifah (depan, tiga kiri) merakam kenangan bersama peserta dengan hasil kreativiti serta sijil masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia