Utusan Borneo (Sarawak)

Malam Rumpun Budaya serlah bakat mahasiswa UNIMAS

-

KOTA SAMARAHAN: Lebih 3,500 orang menghadiri Malam Rumpun Budaya yang diadakan sempena Minggu Aluan Pelajar Sesi 2017/2018, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.

Program pertanding­an kebudayaan antara kolej kediaman pelajar UNIMAS itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Pendaftar UNIMAS, Henry Tening, Pengarah Pusat Khidmat Pelajar, UNIMAS Azlan Ramli.

Objektif utama majlis itu diadakan untuk memeriahka­n lagi Program Minggu Aluan Pelajar UNIMAS sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi baharu untuk mencungkil bakat dan menonjolka­n bakat yang ada dalam diri mereka.

Ia bukan sahaja terhenti pada minggu aluan pelajar baharu sahaja, tetapi mahasiswa boleh mewakili universiti melalui terutama pertanding­an dalam mahupun luar UNIMAS.

Persembaha­n yang akan dipertandi­ngkan adalah berbentuk tarian yang bertemakan etnik kontempora­ri di Malaysia.

Selain itu, terdapat pertanding­an Band Akustik dan pertanding­an ‘Cheers’ kolej kediaman.

Pemenang keseluruha­n pada malam tersebut menerima pi- ala pusingan ‘Sri Kandil Kencana Pokta’, yang merupakan piala pusingan khas untuk Juara Malam Rumpun Budaya sempena Minggu Aluan Pelajar UNIMAS.

Bagi pertanding­an band akustik, pemenangny­a adalah Kolej Bunga Raya (BRC), manakala Kolej Cempaka berada di tempat kedua, dan Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ) di tempat ketiga.

Dalam pertanding­an tarian pula, johan adalah Kolej Cempaka manakala TAZ dan BRC masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kolej Sakura berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertanding­an Cheers, manakala Kolej Alamanda mendapat tempat kedua dan TAZ di tempat ketiga.

 ??  ?? GEMBIRA: Reaksi wakil penghuni Kolej Sakura bila menerima hadiah johan dalam pertanding­an Cheers.
GEMBIRA: Reaksi wakil penghuni Kolej Sakura bila menerima hadiah johan dalam pertanding­an Cheers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia