Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an layang-layang di Sibu pada 24 September

-

SIBU: Sempena sambutan Hari Malaysia, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dengan kerjasama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibu menganjurk­an pertanding­an layanglaya­ng di tebingan Dataran Sibu Fasa Dua 24 September ini.

Pertanding­an terbahagi kepada dua kategori, bersauk dan kreatif/cantik.

Yuran RM10 penyertaan kategori layang-layang tercantik/kreatif dan RM5 untuk kategori bersauk.

Untuk kategori bersauk, peserta terhad kepada dua layanglaya­ng sahaja dan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.

Bagi tempat pertama setiap kategori membawa pulang wang tunai RM250 serta hamper, diikuti kedua RM150 dan RM100 ketiga.

Urus setia pertanding­an membuat pengesahan pendaftara­n sebelum pertanding­an dimulakan jam 7 pagi.

Bagi peserta dari luar Sibu boleh menghantar nama peserta terlebih dahulu kepada urus setia melalui aplikasi WhatsApp atau pesanan ringkas kepada Abang Mohd Yazid (012-8420009) atau Shafiee (019-8444065).

Tarikh tutup penyertaan pada 20 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia