Utusan Borneo (Sarawak)

Program gotong-royong tingkat kesedaran masyarakat menjaga kebersihan sekeliling

-

MIRI: Program gotong-royong anjuran Litter Busters di Pusat Komersil SABERKAS bertujuan menggalak dan meningkatk­an kesedaran masyarakat kepentinga­n menjaga kebersihan di kawasan sekeliling.

Litter Busters merupakan pasukan ditubuhkan oleh Pengerusi Bahagian Kesihatan dan Komuniti Bulan Sabit Merah (MRC) Cabang Miri, Dr Uma Devi.

Beliau dibantu oleh ahli MRC Miri, Nor Laila Abdul Pata dan pasukan itu ‘mengangkat’ kawasan pusat kom- ersil SABERKAS tersebut.

Menurut Dr Uma, program gotong-royong mengumpulk­an sukarelawa­n tempatan, ahli-ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (RT) Krokop selain pasukan Litter Busters membersihk­an dan mengutip sampah terutamany­a bahan plastik di kawasan pusat komersil SABERKAS.

Turut serta Profesor Dominique Dodge Wan dari Curtin Sarawak dan Pengerusi RT Krokop, Dr Vincent Huang.

“Matlamat progam ini untuk meningkatk­an kese- daran orang awam pentingnya mempunyai sifat ‘mesra alam’ dalam usaha manjadikan Miri sebuah bandar raya bersih untuk didiami.

“Usaha ini jika diteruskan tabiat membuang sampah sembaranga­n terutamany­a bahan plastik akan lenyap,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Uma turut berharap lebih ramai individu, wakil-wakil tempatan tampil dan mengetuai program sedemikian di kawasan komersil atau pasarpasar di sini.

“Selain itu, kita turut menggalakk­an peniaga tempatan sentiasa memastikan persekitar­an kawasan perniagaan mereka bersih,” jelasnya.

Mereka ingin mengetahui mengenai peranan Litter Busters boleh menghubung­i Dr Uma di talian 013-8370033 atau Nor Laila ( 012- 858 6121).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia