Utusan Borneo (Sarawak)

300 murid, guru SK St Mary adakan sambutan Hari Malaysia

-

SIBU: Seramai 300 murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary di sini mengadakan sambutan Hari Malaysia kelmarin.

Sambutan diadakan di dewan sekolah dan berlangsun­g dengan penuh warnawarni.

Program itu dimulakan dengan lagu patriotik iaitu ‘Patriot Sejati’ diikuti lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Petiwiku’.

Selepas melaungkan ‘Mer- deka!’ tiga kali, murid-murid dan guru-guru diketuai oleh guru besarnya, Richard Jalom mengadakan perarakan di sekitar kawasan sekolah.

Selesai berarak, mereka kembali semula ke dewan dengan menyanyika­n lagu ‘Tanggal 31’ dan ‘Jalur Gemilang.’

Antara pengisian program turut diselitkan persembaha­n koir, tayangan dokumentar­i Hari Merdeka dan sebagainya.

 ??  ?? MERDEKA!: Richard (empat kanan, barisan kedua) mengetuai guru dan murid melaungkan ‘Merdeka!’ pada sambutan Hari Malaysia di SK St Mary, Sibu kelmarin.
MERDEKA!: Richard (empat kanan, barisan kedua) mengetuai guru dan murid melaungkan ‘Merdeka!’ pada sambutan Hari Malaysia di SK St Mary, Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia