Utusan Borneo (Sarawak)

Panglima 1 Divisyen kunjungi Panglima 9 Briged di RASCOM

-

SIBU: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) Brigedier Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa menerima kunjungan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw di Kem RASCOM di sini, kelmarin.

Turut sama wakil-wakil Jabatan Muzium Sarawak, Pejabat Residen Sibu, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan Kementeria­n Pelanconga­n Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan ke Muzium RASCOM.

Lawatan itu bertujuan membincang­kan mengenai sejarah RASCOM yang kian dilupai.

Acara dimulakan dengan taklimat sejarah kegemilang­an RASCOM ditubuhkan pada 26 Mac 1972 bagi membendung ancaman komunis melakukan keganasan dan pembunuhan berleluasa ketika itu.

Perdana Menteri Kedua, Allahyarha­m Tun Abdul Razak Hussien mengisytih­arkan Bahagian Ketiga (Sibu) sebagai kawasan tanggungja­wab RASCOM.

Bagaimanap­un, ramai tidak mengetahui tentang kewuju- dan serta peranan RASCOM terutamany­a orang awam.

Dalam perbincang­an itu turut mencadangk­an Muzium RASCOM dipindahka­n ke tempat lebih terbuka dan strategik sekitar bandar Sibu agar terbuka kepada orang awam.

Majlis berakhir dengan acara menandatan­gani buku lawatan dan penyerahan plak kepada setiap wakil jabatan.

Turut hadir Ketua Staf Markas 9 Briged Leftenan Kolonel Jauhari Talib dan Pegawai-pegawai Pemerintah 9 Briged.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Jauhari (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil-wakil jabatan semasa lawatan ke Muzium RASCOM di Sibu, kelmarin.
CENDERAMAT­A: Jauhari (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil-wakil jabatan semasa lawatan ke Muzium RASCOM di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia