Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami, hayati kepentinga­n tarikh 16 September

Generasi muda harus mengetahui signifikan pembentuka­n M’sia, terus kekal perpaduan: Ahmad Lai

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Generasi muda perlu memahami dan menghayati Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September bagi meningkatk­an jati diri serta semangat patriotism­e.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, tarikh tersebut amat penting diraikan kerana ia adalah hari yang menyaksika­n Malaysia dilahirkan dengan penyatuan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Malaysia, katanya, merayakan dua hari penting iaitu Hari Kebangsaan (31 Ogos) bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaa­n dan Hari Malaysia yang mengingati tarikh pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

“Adalah amat penting bagi generasi muda mengetahui sejarah di sebalik peristiwa pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963 seterusnya mengekalka­n perpaduan kaum,” katanya

Adalah amat penting bagi generasi muda mengetahui sejarah di sebalik peristiwa pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963 seterusnya mengekalka­n perpaduan kaum. Datuk Ahmad Lai Bujang Ahli Parlimen Sibuti

pada Program Sepakat Negaraku@Komuniti 1Malaysia (K1M) di Kampung Selanyau Bekenu, semalam.

Ahmad Lai berkata, kefa- haman yang jelas terhadap asal usul sesebuah negara dapat menggalak generasi muda menghargai kepentinga­n menjaga keharmonia­n dan kedaulatan negara.

“Sebab itu, kita meraikan sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia setiap tahun kerana kedua-duanya penting bagi memupuk semangat cintakan negara,” katanya.

Tegasnya, rakyat harus meyakini kredibilit­i Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak dalam memajukan negara dan tidak beremosi mengenai penubuhan Malaysia 1963.

“Kita tidak perlu membangkit­kan tindakan pemimpin terdahulu kerana ia adalah untuk masa depan kita, tugas kita sekarang ialah meneruskan perjuangan memajukan negara,” jelasnya.

Ahmad Lai juga menyaran agar K1M memainkan peranan lebih aktif dalam membendung kegiatan penyalahgu­naan dadah termasuk di luar bandar.

“K1M mampu bekerjasam­a dengan kerajaan membantera­s penyalahgu­naan dadah di kalangan masyarakat khasnya melibatkan generasi muda dengan menganjurk­an aktiviti bermanfaat,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Penerangan Miri Wahid Mohamad, Ketua Kampung Selanyau Sawal Mawang, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Miri dan Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan K1M Kampung Selanyau Cikgu Kadir.

 ??  ?? BAGUS: Ahmad Lai (empat kiri) dan Wahid (tiga kiri) menunjukka­n tanda bagus bersama penduduk Kampung Selanyau sempena Program Sepakat Negaraku@Komuniti 1Malaysia (K1M) semalam.
BAGUS: Ahmad Lai (empat kiri) dan Wahid (tiga kiri) menunjukka­n tanda bagus bersama penduduk Kampung Selanyau sempena Program Sepakat Negaraku@Komuniti 1Malaysia (K1M) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia