Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti diadakan pada Karnival Semarak Hijrah 1439H

-

BINTULU: Pelbagai aktiviti diadakan pada Karnival Semarak Hijrah 1439 Hijrah sempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1439H yang berpusat di Bintulu sejak semalam dan hari ini di Masjid As-Syakirin Bahagian Bintulu di sini.

Aktiviti di pekarangan dan dewan masjid terbabit termasuk ‘street soccer,’ memanah, pertanding­an pameran fotografi, pameran agensi, gerai jualan, ‘Kid Talent Cilik Haji,’ ‘auto show,’ pemeriksaa­n kesihatan, derma darah, seminar perancanga­n kewangan untuk keluarga dan ‘Kid Talent Smart Solat.’

Selain itu, program belia membabitka­n gotong-royong perdana membersih tanah perkuburan Islam, kem bestari di Bangunan Martabat dan Masjid At-Taqwa (21-23 Septem- ber), Wacana Wanita di Dewan Seminar Masjid As-Syakirin, Forum Perdana di Masjid Darul Hidayah Kidurong (8.30 malam 22 September) dan Majlis Titian Kasih (14 Oktober).

 ??  ?? RINGAN BEBAN: Teng (tiga kiri) menyampaik­an cek bantuan daripada Tabung Kebajikan AIM kepada ahli Usahanita AIM dari Rumah Labang.
RINGAN BEBAN: Teng (tiga kiri) menyampaik­an cek bantuan daripada Tabung Kebajikan AIM kepada ahli Usahanita AIM dari Rumah Labang.
 ??  ?? TERAP ILMU: Kanak-kanak Islam dari beberapa tadika di Bintulu yang menyertai ‘Kid Talent Cilik Haji’ sambil ditemani ibu bapa masing-masing di pekarangan Masjid As-Syakirin semalam.
TERAP ILMU: Kanak-kanak Islam dari beberapa tadika di Bintulu yang menyertai ‘Kid Talent Cilik Haji’ sambil ditemani ibu bapa masing-masing di pekarangan Masjid As-Syakirin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia