Utusan Borneo (Sarawak)

‘Project Mural The Rock’ usaha perindah Bintulu

-

BINTULU: Beberapa usaha untuk mencantikk­an bandar Bintulu dibuat sempena sambutan Hari Malaysia dengan mengadakan acara melukis lukisan mural pada bukit batu besar di Bintulu Sentral dikenali sebagai ‘Project Mural The Rock’ semalam.

Upacara perasmian program itu disempurna­kan oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Rodziah Morshidi.

Projek tersebut merupakan anjuran BDA dengan kerjasama Kelab Guru Seni Bintulu dan Kelab Pendidikan Seni Sekolah Menengah Kebang- saan (SMK) Kidurong serta beberapa sukarelawa­n.

Program itu bertemakan ‘Together We Make Bintulu Better’ merupakan satu pendedahan kepada peserta dalam cabaran menyiapkan lukisan mural pada batu terbabit, sekali gus memantap semangat juang dan keyakinan peserta untuk melaksanak­an kerja penyiapan lukisan mural.

Selain itu, usaha tersebut juga untuk mencantikk­an bandar Bintulu, menerap nilai-nilai dalam mencintai kepelbagai­an flora dan fauna yang menjurus kepada kes- empurnaan alam sekitar, mengembang­kan bakat, daya kreativiti dan imaginasi peserta dalam bidang seni.

Turut diundang khas pada projek itu ialah artis graffiti Ameysheikh­ali, TwentyFift­h dan Afiruddin Ramdzan.

Memeriahka­n program ialah acara menanam pokok bunga dan sebagainya.

Program itu turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n ( PERBINDA) BDA Wan Ibrahim Wan Ali, pengurus- pengurus kanan dan kakitangan BDA.

 ??  ?? MENCABAR: Artis graffiti melukis mural pada bukit batu di Bintulu Sentral, semalam.
MENCABAR: Artis graffiti melukis mural pada bukit batu di Bintulu Sentral, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia