Utusan Borneo (Sarawak)

15 ahli Usahanita AIM dari Rh Labang terima bantuan Tabung Kebajikan AIM

-

BINTANGOR: Seramai 15 ahli Usahanita Amanah Iktiar Malaysia (AIM) dari Rumah Labang, Sungai Tulai Bintangor menerima bantuan daripada Tabung Kebajikan AIM, kelmarin.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, kesemua penerima bantuan tersebut juga merupakan mangsa kebakaran Rumah Labang, Sungai Tulai Bintangor pada Julai lepas.

“Setiap seorang penerima menerima bantuan berjumlah RM5,000.

Oleh itu, hari ini ( kelmarin), Tabung Kebajikan AIM menyumbang sejumlah RM75,000 kepada ahli-ahlinya.

“Kita berharap dengan sumbangan ini, ia mampu meringanka­n sedikit beban yang ditanggung oleh ahliahli AIM yang telah dilanda musibah kebakaran,” katanya.

Program penyerahan bantuan berlangsun­g di pekarangan Rumah Labang, Sungai Tulai Bintangor.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Meradong Ding Kuong Hiing, Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal, Pengerusi Usahanita Sarikei Dayang Salamah, Pengurus AIM Abdul Hafiq Soni dan Tuai Rumah Labang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia