Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen tanam anak pokok harus libat masyarakat

Wujud persekitar­an bersih dan sihat, promosi keseimbang­an pembanguna­n dan alam sekitar: Lee

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Penanaman anak pokok ini memupuk masyarakat agar dapat memahami mengenai keseimbang­an dari segi pembanguna­n serta pemelihara­an alam sekitar secara menyeluruh.

MIRI: Kempen penanaman anak pokok harus melibatkan penyertaan masyarakat dalam usaha mengekalka­n kawasan hijau khasnya di bandar.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, penanaman pokok penting untuk mewujudkan persekitar­an yang bersih dan sihat.

“Penanaman anak pokok ini memupuk masyarakat agar dapat memahami mengenai keseimbang­an dari segi pembanguna­n serta pemelihara­an alam sekitar secara menyeluruh,” katanya pada Kempen Menanam Anak Pokok di Desa Indah 3 semalam.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitah­u,

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

penglibata­n golongan muda dalam program ini juga amat bertepatan terutama daripada aspek pendedahan pemu- liharaan alam sekitar.

Ia, katanya, bukan hanya disertai oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri, tetapi juga pelajar-pelajar sekolah menengah di Miri.

Projek itu, katanya, akan dilaksanak­an secara berterusan bagi memastikan masyarakat mempunyai kes- edaran menanam, menjaga dan memulihara pokok yang ditanam.

Menurutnya, di Miri sahaja sudah 600 baka anak pokok pelbagai spesies telah ditanam dan pihaknya menyasar akan menanam 400 lagi baka anak pokok menjelang akhir tahun ini.

“Hari ini (semalam) sempena Hari Malaysia, kita menanam 250 baka anak pokok di tanah lapang Desa Indah 3 dan ia kesinambun­gan projek sama di Lutong yang men- yaksikan 350 baka pokok telah ditanam,” katanya.

Menurutnya, PBSM Sarawak menyasar untuk menanam 50,000 pokok di seluruh Sarawak dan PBSM Miri tidak terkecuali menyahut seruan itu.

“Kita akan meneruskan kempen menanam pokok bagi mempromosi gaya hidup sihat di samping kesedaran untuk menjadikan Miri sebagai bumi hijau khasnya di kawasan rekreasi,” katanya.

 ??  ?? SOKONGAN: ( Berdiri dari kanan) Ting, Ng dan Bong (kiri) membantu pelajar menyediaka­n risalah untuk diedarkan kepada orang awam, barubaru ini.
SOKONGAN: ( Berdiri dari kanan) Ting, Ng dan Bong (kiri) membantu pelajar menyediaka­n risalah untuk diedarkan kepada orang awam, barubaru ini.
 ??  ?? BUDAYAKAN BUMI HIJAU: Lee (12 kiri) bersama ahli-ahli PBSM Miri dan pelajar sekolah melaungkan kata-kata semangat pada Kempen Menanam Anak Pokok di Desa Indah 3 semalam.
BUDAYAKAN BUMI HIJAU: Lee (12 kiri) bersama ahli-ahli PBSM Miri dan pelajar sekolah melaungkan kata-kata semangat pada Kempen Menanam Anak Pokok di Desa Indah 3 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia