Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS Selangau anjur Program Moh Ngeteh Merdeka

-

SIBU: Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Selangau mengadakan Program Moh Ngeteh Merdeka@KKLW Peringkat KEMAS Parlimen Selangau di pekarangan Pejabat KEMAS Selangau, baru-baru ini.

Program itu dihadiri Pegawai KEMAS Selangau Dayangku Syariani Awang Jubaidi, Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Danau Ngumbang Awit.

Menurut Syariani, program itu untuk meningkatk­an semangat patriotism­e dan kesetiaan kepada negara dalam kalangan komuniti luar bandar.

Antara aktiviti diadakan ialah nyanyian lagu patriotik dan mengibarka­n Jalur Gemilang.

“Sebanyak 39 tabika KEMAS di bawah Parlimen Selangau telah melaksanak­an program tersebut,” katanya.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Syariani (lima kiri), Ngumbang (tiga kiri) serta yang lain pada Program Moh Ngeteh Merdeka@KKLW peringkat KEMAS Parlimen Selangau.
RAI BERSAMA: Syariani (lima kiri), Ngumbang (tiga kiri) serta yang lain pada Program Moh Ngeteh Merdeka@KKLW peringkat KEMAS Parlimen Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia