Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil pek perlumbaan ‘Monster Dash Miri’ pada 29 September

-

KUCHING: Peserta Monster Dash Miri 2017 ‘Light Up Edition’ dinasihatk­an mengambil pek perlumbaan masing-masing pada 29 September ini di Atrium 3, Tingkat 1 - (hadapan outlet Hush Puppies ) Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati, Miri.

Kaunter dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam untuk peserta dengan menyertaka­n resit rasmi dan diingatkan wajib memakai kemeja disertakan dalam pek perlumbaan itu.

Garisan permulaan dan penamat di Coco Cabana, Jalan Marina Bay, Miri serta peserta dinasihatk­an tiba seawal jam 6 petang mengelakka­n kesesakan.

Semua peserta ‘Monster Dash Miri’ dapat menikmati promosi promo RM10x2 laluan (dari Coco Cabana) menggunaka­n Uber pada 30 September nanti.

P e s e r t a d i g a l a k k a n menggunaka­n promosi Uber kerana beberapa laluan utama akan ditutup termasuk kawasan parkir kereta terhad di kawasan penganjura­n.

Orang awam juga di- nasihatkan mengelak diri daripada menggunaka­n Jalan Marina Bay antara jam 6.30 hingga 8.30 malam.

Selain itu, penganjur juga mengumumka­n hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM5,000 yang diberikan selepas tamat waktu petang.

Semua dana berjaya dikutip akan diberikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan Persatuan Kanser Kanak-kanak Sarawak (SCCS).

Untuk pendaftara­n terakhir, orang ramai boleh mendaftar dalam talian ke MDMIRI.PEATIX.COM atau datang terus ke Somerset Hotel, Jalan Kwangtung (jam 9 pagi hingga 9 malam) juga ke jerayawara Permaisuri Imperial City Mall (Sabtu dan Ahad, jam 10 pagi hingga 8 malam).

Tarikh akhir pendaftara­n pada 20 September ini. Semua peserta digesa mengikuti laman Facebook OurYouth.my untuk maklumat terkini acara.

Untuk pertanyaan lanjut sila e-mel kepada admin@ ouryouth.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia