Utusan Borneo (Sarawak)

MYDIN bangga sambut Hari Malaysia dengan masyarakat Sarawak

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) berbangga menjayakan sambutan Hari Malaysia bersama komuniti yang pelbagai di Sarawak.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin dalam kenyataann­ya berkata aktiviti komuniti sedemikian mampu menzahirka­n rasa muhibah dalam masyarakat berbilang kaum.

Katanya, kejayaan dalam Kempen Kibarkan Bendera ternyata membantu MYDIN dalam melunaskan tanggungja­wab sebagai anak watan dalam usaha membudayak­am semangat patriotism­e di kalangan masyarakat.

“Saya amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorang­an dan sebagainya untuk bersama MYDIN.

“Dalam usaha menyemarak semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat multinasio­nal,” katanya sempena Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke- 60 dan Hari Malaysia Ke-54.

Bermula 15 hingga 17 September, MYDIN bersama Cats FM mengadakan sambutan Hari Malaysia di MYDIN Samariang dan CityONE.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertanding­an memasak Dapur Antap Bersama MYDIN dan Adabi di mana peserta dikehendak­i menyediaka­n dua menu makanan tempatan iaitu ayam pansuh dan umai ikan atau udang.

Semalam berlangsun­g peringkat saringan membabitka­n 10 pasukan yang terdiri daripada 20 peserta, dan pusingan akhir akan diadakan hari ini di MYDIN Samariang.

Turut diadakan ialah pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun selain Kempen Derma Darah dan persembaha­n dari artis tempatan seperti The Family Man, Ila Damia, Asyraf Hardy dan ramai lagi.

Sempena ulang tahun itu, MYDIN juga menawarkan promosi Purchase With Purchase yang membolehka­n pelanggan mendapat barangan jualan pada harga istimewa.

Antara lain, MYDIN turut menawarkan promosi pendaftara­n dan pembaharua­n Program Kesetiaan MYDIN Meriah dengan bayaran RM6 sehingga 30 September 2017.

Keahlian Meriah terbahagi kepada dua iaitu Ahli Meriah Biru dan Ahli Meriah Perak atau lebih dikenali sebagai pemborong.

Manakala kad Meriah baharu sempena ulang tahun ke60 MYDIN berwarna kuning, dan Kad Meriah kini mempunyai lebih 350,000 keahlian di seluruh Malaysia.

Ameer Ali dalam kenyataann­ya turut mendedahka­n MYDIN mempunyai 322 cawangan di seluruh negara termasuk tiga di Sarawak di Samariang, CityONE dan Vista Tunku Jalan Bako yang dijangka dibuka penghujung Disember 2017.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AMBIL BAHAGIAN: Peserta dari 10 kumpulan mengambil bahagian dalam pertanding­an memasak Dapur Antap Bersama MYDIN dan Adabi di MYDIN Samariang semalam.
AMBIL BAHAGIAN: Peserta dari 10 kumpulan mengambil bahagian dalam pertanding­an memasak Dapur Antap Bersama MYDIN dan Adabi di MYDIN Samariang semalam.
 ??  ?? REBUT: Petugas MYDIN Samariang menunjukka­n Kad Meriah baharu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 dan Hari Malaysia yang ditawar dengan yuran keahlian tahunan RM6 sehingga 30 September ini.
REBUT: Petugas MYDIN Samariang menunjukka­n Kad Meriah baharu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 dan Hari Malaysia yang ditawar dengan yuran keahlian tahunan RM6 sehingga 30 September ini.
 ??  ?? PELBAGAI: Penjual kraf tangan perhiasan antara gerai yang turut serta dalam Promosi Kraf Malaysia di MYDIN Samariang.
PELBAGAI: Penjual kraf tangan perhiasan antara gerai yang turut serta dalam Promosi Kraf Malaysia di MYDIN Samariang.
 ??  ?? WARNAI: Peserta pameran ketika mewarnakan batik semasa Promosi Kraf Malaysia di MYDIN Samariang, semalam.
WARNAI: Peserta pameran ketika mewarnakan batik semasa Promosi Kraf Malaysia di MYDIN Samariang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia