Utusan Borneo (Sarawak)

MYDIN jadi tumpuan dalam dan luar Kuching

-

KUCHING: Biarpun rugi besar, namun tetap tabah membangunk­an semula perusahaan produk berasaskan gaharu diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu.

Demikian luahan Luqman Ardy Salleh, 37, yang merupakan Pengarah Urusan Wase Enterprise berhubung kes penceroboh­an ladang di Jalan Matang Batu 13 mengakibat­kan kira-kira 10,000 batang pokok gaharunya musnah.

Menceritak­an insiden malang itu, Ardy percaya ia adalah angkara khianat namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanap­un, dia reda dengan dugaan ditempuhi selepas hasil tanaman berusia lebih empat tahun itu ‘bersih’ semuanya beberapa hari sebelum bulan puasa tahun lalu.

“Tidak ada apa yang boleh dilakukan, saya terpaksa hentikan semuanya (perusahaan) sementara kerana tanggung rugi.

“Sekarang masih dalam proses pembanguna­n semula, saya terpaksa mula dari awal,” katanya ketika ditemui pada program Promosi Kraftangan oleh Kraftangan Malaysia di MYDIN Samariang di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ardy berkata dia tidak mempunyai pilihan selain memulakan semula perusahaan­nya walaupun menyedari proses itu mengambil masa.

Untuk permulaan ini, dia mendapatka­n stok kayu gaharu dari pembekal di Pahang, Kelantan dan Indonesia untuk diproses menjadi produk wangian.

“Hasilnya akan dibekal kepada pembeli dari Brunei dan Dubai selain ke pasaran tempatan. Proses penghasila­n minyak wangi mengambil masa sekurangku­rangnya tiga bulan untuk siap sepenuhnya sebanyak satu kilogram (kg) hingga 1.5kg,” jelasnya.

Ardy berkata sekilogram minyak wangi gaharu asli, nilainya boleh mencecah sehingga RM40,000.

Ditanya perancanga­n masa depan, dia berhasrat membuka kilang memproses produk itu dalam tempoh terdekat dengan bantuan diterima.

Promosi kraftangan di Mydin Samariang berlangsun­g tiga hari sehingga 17 September bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke- 60 MYDIN dan Hari Malaysia Ke-54. KUCHING: Selepas dibuka secara rasmi pada 26 Ogos tahun lalu, Mydin Mohamed Holdings Bhd ( MYDIN) cawangan Samariang terus mendapat sambutan menggalakk­an daripada pengunjung.

Ternyata ia bukan sahaja dikunjungi pelanggan komuniti setempat malah turut didatangi masyarakat di kawasan lain.

MYDIN, namanya tidak asing bagi masyarakat di Semenanjun­g Malaysia, dan terkenal dengan jualan barang pada harga borong.

Sebaik MYDIN membuka cawangan pertama di Bandar Baru Samariang, lokasi itu terus menjadi tumpuan ramai.

Malah turut memberi kelebihan kepada penduduk setempat tinggal berhampira­n yang sebelum ini menjadi venue pilihan ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Utusan Borneo terhadap pelanggan membelibel­ah barang keperluan di MYDIN mendapati bersetuju dengan harga ditawarkan pasar raya itu yang dianggap cukup berpatutan.

Bagi pelanggan setia, Norlia Salleh, 52, berbelanja di MYDIN Samariang lebih menjimatka­n jika dibanding dari segi harga barang.

Menurutnya MYDIN mengamalka­n peruncitan barangan dengan harga borong kepada pelanggan.

“Ia adalah sesuatu bagus kepada kami sebagai pelanggan, malah lokasinya dekat dengan kediaman juga memudahkan urusan harian,” katanya ketika ditemui di MYDIN Samariang di sini, semalam.

Norlia turut berasa gembira ketika MYDIN membuka cawangan di Samariang pada tahun lalu kerana produk jualan ditawarkan mempunyai banyak pilihan.

Sementara itu, Nordin Ahmad, 60, mendedahka­n dia pertama kali menjejakka­n kaki di MYDIN Samariang ketika ditemui semalam.

“Ini merupakan pengalaman pertama kali saya berada di MYDIN, sebelum ini hanya singgah di MYDIN ketika berada di Kuala Lumpur sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, barangan di MYDIN ditawar pada harga yang munasabah dan berpatutan, serta lebih murah.

MYDIN telah mengoperas­ikan dua cawangan di Kuching termasuk Samariang dan CityONE, dengan jumlah pelaburan melebihi setengah bilion, dua buah cawangan baharu iaitu MYDIN Vista Tunku, Jalan Demak dan MYDIN Mutiara Rini, Johor akan dibuka penghujung tahun ini.

 ??  ?? PROSES: Luqman Ardy Salleh kini dalam proses pembanguna­n semula perusahaan­nya dalam menghasilk­an produk wangian berasaskan tumbuhan gaharu ketika ditemui di Promosi Kraf Malaysia sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 MYDIN di Kuching semalam.
PROSES: Luqman Ardy Salleh kini dalam proses pembanguna­n semula perusahaan­nya dalam menghasilk­an produk wangian berasaskan tumbuhan gaharu ketika ditemui di Promosi Kraf Malaysia sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 MYDIN di Kuching semalam.
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Pasar Raya MYDIN Samariang terus mendapat sambutan menggalakk­an yang menerima kunjungan pelanggan setiap hari.
DAPAT SAMBUTAN: Pasar Raya MYDIN Samariang terus mendapat sambutan menggalakk­an yang menerima kunjungan pelanggan setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia