Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h terus dikunjungi ramai

-

KUALA LUMPUR: Memasuki hari ketiga tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di Jalan Keramat Ujung di sini, yang meragut 23 nyawa, orang ramai terus menunjukka­n keprihatin­an dengan melawat lokasi kejadian sejak awal pagi semalam.

Malah lokasi berkenaan terus menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang datang sendiri untuk menghulurk­an sokongan serta sumbangan kepada pusat berkenaan.

Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod yang turut berada di lokasi, kelihatan terharu serta mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamany­a kerajaan yang tidak berhenti menghulurk­an pelbagai bentuk bantuan kepada pusat tersebut.

“Semoga Allah membalas kebaikan semua...saya tidak mampu mengulas apa-apa, hanya ucapan berbanyak terima kasih dan berdoa semoga Allah memberkati semua pihak yang prihatin,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata para pelajar lain dari pusat tahfiz berkenaan akan terus diberi perlindung­an dan bimbingan sewajarnya, serta telah dipindahka­n ke lokasi lain yang dirahsiaka­n untuk tujuan keselamata­n.

Mohd Zahid bagaimanap­un enggan mengulas lebih lanjut sebarang pertanyaan pemberita berhubung kejadian tersebut.

“Saya tidak akan ulas apaapa lagi. Saya harap semua faham kerana pihak berkuasa sedang menjalanka­n siasatan. Saya tidak mahu timbul sebarang perkara yang mengganggu tugas polis,” tambahnya.

Kejadian 5.15 pagi Khamis yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berkenan berangkat menziarahi lokasi kejadian malam kelmarin, dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Tragedi ngeri itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meninjau lokasi dan melawat mangsa di hospital bagi membantu menyegerak­an urusan mengesahka­n identiti 23 mangsa terlibat sehingga urusan pengebumia­n berjalan lancar.

Jenazah kesemua mangsa selamat dikebumika­n di beberapa lokasi tanah perkuburan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESAK: Orang ramai semalam masih datang untuk melihat keadaan bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar Khamis lalu, menjadikan kawasan di sekitar mengalami kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SESAK: Orang ramai semalam masih datang untuk melihat keadaan bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar Khamis lalu, menjadikan kawasan di sekitar mengalami kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia