Utusan Borneo (Sarawak)

Bukit Aman periksa bangunan, persekitar­an pusat tahfiz

-

KUALA LUMPUR: Sekumpulan enam pegawai penyiasat dari Bukit Aman kelihatan memasuki bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di Jalan Keramat Hujung, di sini, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Mereka kelihatan memeriksa tempat kejadian serta mengambil gambar beberapa sudut bangunan yang terbakar dan persekitar­an bangunan.

Kumpulan penyiasat berkenaan kelihatan beredar kirakira 20 minit kemudian.

Tragedi yang meragut 23 nyawa dalam kejadian kebakaran pada 5.15 pagi Khamis lepas mendapat liputan meluas pihak media serta menjadi keutamaan pihak berkuasa berikutan dakwaan kemungkina­n ia melibatkan unsur jenayah.

Sehingga kini, punca kejadian kebakaran tersebut masih menjadi tanda tanya setelah siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahka­n kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia