Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal rentung langgar belakang lori

-

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang dijumpai dalam keadaan rentung selepas motosikal dinaikinya terbakar setelah melanggar sebuah lori membawa makanan berdekatan Plaza Tol Kempas menghala arah Selatan di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Kamsani Aswan berkata identiti mangsa dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu belum dapat dipastikan kerana dokumen pengenalan diri terbakar.

Pemandu dan kelindan lori itu pula terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan untuk menyelamat­kan diri.

“Kebakaran berpunca apabila lori itu sedang berhenti di lorong kecemasan disebabkan enjin lori terlalu panas.

Kemudian, tiba-tiba motosikal mangsa melanggar bahagian belakang lori itu menyebabka­n berlaku kebakaran,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia