Polis Johor tahan 28 GRO warga asing, selamatkan 23

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 28 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan menyelamatkan 23 lagi yang disyaki dipaksa berbuat demikian dalam serbuan di dua pusat hiburan di bandar raya ini awal semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata serbuan dilakukan bermula 1 pagi secara berasingan.

Mereka yang ditahan ialah 27 wanita Vietnam dan seorang dari Indonesia, berusia antara 18 dan 38 tahun manakala yang diselamatkan pula kesemuanya warga Vietnam berusia antara 17 dan 38 tahun, katanya dalam kenyataan semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.