Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan terbaik pengurusan jenayah siber terhadap kanak-kanak dikaji

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) barubaru ini bagi mengkaji amalan terbaik pengurusan jenayah siber termasuk berkaitan pornografi dan eksploitas­i seksual terhadap kanak-kanak.

Lawatan empat hari bermula 11 Sept itu bertujuan meneliti jenis ancaman jenayah seksual alaf baharu yang membabitka­n keselamata­n kanak- kanak, sekali gus sebagai susulan penggubala­n Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual KanakKanak 2017 dan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Lawatan kerja rasmi itu juga meningkatk­an kerjasama antarabang­sa dalam pertukaran maklumat dan kepakaran teknikal dalam aspek tertentu, sekali gus mengukuhka­n lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara,” demikian menurut kenyataan media yang dikeluarka­n pejabat beliau semalam.

Susulan lawatan itu, pelbagai bentuk usaha sama antarabang­sa akan dikaji dan diwujudkan dengan pihak penguat kuasa undang-undang di AS bagi memperkasa pentadbira­n, proses kerja, infrastruk­tur dan teknologi yang digunakan bagi menambah baik proses keadilan jenayah negara ini.

Beberapa perjumpaan telah diadakan termasuk dengan Peguam Daerah New York Cyrus R. Vance Jr.; Pemangku Peguam New York Selatan Joon H. Kim; Ketua Bahagian Jenayah Pejabat Peguam Negara New York Selatan Lisa Zornberg; Penolong Peguam Negara dan Penyelaras Jenayah Siber Eun Young Choi dan Ejen Khas Biro Penyiasata­n Persekutua­n Jabatan Kehakiman AS John Robertson.

Kenyataan itu juga menyebut Azalina bersama-sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melawat Pusat Kebangsaan bagi Kanak-kanak Hilang dan Dieksploit­asi (NCMEC) di Washington. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia